Image


GERAN PADANAN SUKAN
(GPS)

Sebarang pertanyaan GPS sila hubungi 03 8871 3585 / 3315 / 3058 / 3632 dan emel pada sekretariatgps@kbs.gov.my atau hadir ke Bilik Gerakan Dana Sukan KBS, di Aras 2, Menara KBS.

Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (GPS KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/. Kaedah pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement).

JENDELA GPS 2026

JENDELA PERMOHONAN TARIKH PROGRAM PERMOHONAN DITUTUP PADA TARIKH KEPUTUSAN
Jendela 1 15 Feb - 31 Okt 31 Dis 2025 15 Jan
Jendela 2 15 Apr - 31 Okt 28 Feb 2026 15 Mac
Jendela 3 15 Jun - 31 Okt 15 Apr 2026 15 Mei
Jendela 4 1 Sept - 31 Okt 1 Julai 2026 31 Jul

*Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan semasa


TUJUAN/OBJEKTIF

SKOP PERMOHONAN

Prestasi Tinggi

▪    Sukan yang menentukan Ranking; dan
▪    Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Negeri  (PSN).

Impak Tinggi

▪    Dilaksanakan oleh Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); dan
▪    Memberi impak kepada ekonomi (ROI) / industri sukan.

Image

SILING PERUNTUKAN

Nilai program sukan bagi satu permohonan adalah tidak kurang daripada RM50,000.00;

Pemberian geran adalah sehingga 50% daripada kos program atau maksimum sehingga RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja); 

Setiap pemohon hanya dipertimbangkan SATU (1) kelulusan di setiap Jendela; dan 

Kelulusan bagi permohonan seterusnya akan diberi setelah laporan lengkap dikemukakan dan bayaran tuntutan telah sempurna bagi kelulusan terdahulu

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 18-01-2026, 01:43:22
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.