1 Julai 2026, Sepang, Selangor - Malaysia akan terus menjadi tuan rumah MotoGP  bagi tempoh lima tahun lagi selepas Kerajaan meluluskan pembaharuan kontrak penganjuran untuk tahun 2027 hingga 2031.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata pembaharuan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengekalkan Malaysia sebagai hab sukan permotoran dunia, selain merancakkan ekonomi dan pembangunan bakat tempatan.

Pada 2024, MotoGP  Malaysia menjana impak ekonomi RM694 juta serta mewujudkan lebih 4,400 peluang pekerjaan. Pelan Induk Pembangunan Sepang International Circuit (SIC) 2035 pula dijangka menarik pelaburan sehingga RM1 bilion dan mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan berimpak tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata pembaharuan kontrak ini akan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama MotoGP  dunia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

29 Jun 2026, Puchong, Selangor - Bertempat di Impact Integrated, Puchong, telah berlangsung Sesi Ramah Mesra Bersama Ahli Friends of Ministry (FOM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta jemputan khas.

Dalam sesi tersebut, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, telah menyampaikan taklimat mengenai kedudukan semasa serta hala tuju KBS kepada ahli-ahli FOM.

FOM merupakan platform kolaborasi strategik dan rakan pemikir kementerian yang berperanan menyalurkan pandangan serta cadangan bagi memperkukuh dasar dan pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan agar lebih berkesan, inklusif dan berimpak tinggi.

Selain itu, ahli-ahli FOM turut dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Impact Integrated bagi melihat sendiri ekosistem serta infrastruktur yang menyokong pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

29 Jun 2026, Johor - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menekankan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

Beliau turut meninjau fasiliti serta kemudahan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bagi memastikan prasarana yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan mampu menyokong pelaksanaan program serta aktiviti kepada masyarakat.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

25 Jun 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, menyempurnakan Majlis Pelancaran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 bagi edisi ke-30.
LTdL 2026 akan menjelajah lapan negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan 1,258.5 kilometer.

Ulang tahun ke-30 LTdL turut menyajikan cabaran laluan paling sukar dalam sejarah penganjurannya apabila tiga penamat di puncak bukit menjadi igauan buat setiap pelumba yang bakal bersaing dalam edisi kali ini.

Edisi ke-30 perlumbaan Le Tour de Langkawi 2026 akan berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober 2026.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

22 Jun 2026, Perlis - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, sempena lawatan kerja rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 22 Jun 2026.

Sepanjang lawatan, beliau telah meninjau fasiliti serta kemudahan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi melihat sendiri keadaan serta keperluan semasa dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Lawatan turut disusuli dengan sesi ramah mesra bersama seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sesi tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi kementerian dan warga jabatan, di samping memberi ruang kepada perkongsian pandangan, aspirasi serta penghargaan terhadap komitmen semua warga kerja.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Please publish modules in offcanvas position.