11 Februari 2026, Bukit Jalil - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, telah menyampaikan pesanan pengurusan tertinggi negara iaitu YAB Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Khas yang berlangsung di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara.

Ketika menghadiri Pemukiman KSUKP 2026, YAB Perdana Menteri menekankan keperluan reformasi perkhidmatan awam yang menyeluruh, kelancaran pelaksanaan dasar serta pemantapan tatakelola.YBhg. Tan Sri KSN pula menekankan kepentingan membudayakan keseronokan bekerja, mempercepat pelaksanaan, memperkukuh pendigitalan termasuk pemanfaatan kecerdasan buatan (AI), serta meningkatkan komunikasi dan keterlihatan perkhidmatan awam kepada rakyat.

Dalam pembentangannya, YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU KBS menyeru agar semua Jabatan dan Agensi di bawah KBS memperkukuh koordinasi merentas agensi bagi memastikan setiap program mempunyai hasil yang jelas dan berimpak.

Beliau turut menegaskan kepentingan pematuhan tatakelola dengan pendekatan sifar toleransi terhadap rasuah, mempercepat pelaksanaan inisiatif, memperhebat agenda reformasi serta mengarusperdanakan pendigitalan di KBS dan agensi-agensinya.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

11 Februari 2026, Tanjung Malim, Perak - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah merasmikan Kem Fasa 1 Temasya Sukan SEA 2027 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Kem selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Februari 2026 itu melibatkan lebih 300 atlet daripada Program Podium, Program Berfasa dan Program Pelapis merangkumi 25 jenis sukan.

Kem Fasa 1 ini memberi penekanan kepada modul ketenteraan dan kenegaraan melalui kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Akademi Kenegaraan Malaysia, sebagai usaha memperkukuh jati diri, disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan atlet negara.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan UPSI, yang membuka ruang kerjasama lebih menyeluruh dalam pembangunan sukan negara, khususnya dalam aspek latihan, penyelidikan dan pembangunan bakat.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

10 Februari 2026, Bukit Jalil - Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong (HKSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi serta bidang profesional berkaitan.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin dan Ketua Pegawai Eksekutif HKSI, Encik Tony Choi, serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol.

Perjanjian selama tiga tahun ini merangkumi kerjasama dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan, perkongsian kepakaran serta amalan terbaik latihan berprestasi tinggi, pembangunan kapasiti atlet dan jurulatih, selain perkongsian ilmu menerusi platform profesional antarabangsa.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

10 Februari 2026, Putrajaya - YB Dr. Muhammad Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T. Erick Thohir, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia di Menara KBS, Putrajaya.

Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan berhubung program-program utama KBS serta penerokaan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam konteks kerjasama serantau bidang belia dan sukan.

Secara tidak langsung, kunjungan hormat ini turut membuka ruang bagi cadangan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang belia dan sukan yang telah dimeterai sebelum ini dan tamat tempoh pada tahun 2023.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelaras serta memperincikan penstrukturan MoU baharu yang merangkumi bidang keutamaan yang lebih khusus, berimpak tinggi dan signifikan kepada kedua-dua negara.

Turut hadir ialah delegasi dari Indonesia yang terdiri daripada En. Suyadi Prawira, Timbalan Deputi Olahraga Masyarakat; Pn. Tsamara Amany, Ketua Staf Menteri; dan En. Hesky Manurung, Tenaga Ahli Menteri Bidang Deregulasi dan Kelembagaan. 

Delegasi KBS pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; serta beberapa pegawai kanan KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.