29 Januari 2026, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima delegasi Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh Presiden YBhg. Dato’ Mohd Sumali Reduan. Kunjungan ini disambut oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. 

Antara inti pati perbincangan termasuk pembangunan Akademi Sepak Takraw Negara, penganjuran sukan antarabangsa, dana sukan yang ditawarkan KBS dan penglibatan kaum minoriti dalam sukan sepak takraw. KBS terus komited untuk memperkasa pembangunan sukan rakyat selari dengan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah 'Negara Bersukan' menjelang 2030.

Turut hadir, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pengarah Eksekutif, Institut Sukan Negara dan Puan Hartini binti Jabbar, Pengarah, Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

29 Januari 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menghadiri Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 (ASPN 2025) yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Sebanyak tujuh anugerah utama telah disampaikan merangkumi Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Jurulatih Kebangsaan, Anugerah Khas, Anugerah Olahragawan Harapan Pekak Lelaki dan Wanita serta Anugerah Olahragawan Pekak Lelaki dan Wanita.

Tahniah diucapkan kepada para kepimpinan sukan serta semua penerima anugerah pada hari ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkasa pembangunan sukan pekak negara serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia pada masa hadapan.

Penganjuran ASPN 2025 turut diharap dapat menyemarakkan semangat kesukanan dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus melibatkan diri dalam arena sukan secara inklusif dan berdaya saing.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI  #MalaysiaMADAN

27 Januari 2026, Putrajaya - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penutupan Program Akademi MyCorps: Borneo 2025/2026 di Menara KBS, Putrajaya.

KBS terus komited memperkasa semangat kesukarelawanan belia menerusi program ini yang menghimpunkan 40 belia dari Sabah dan Sarawak, berlangsung dari 15 hingga 28 Januari 2026 dengan tema Changing Lives.

Sepanjang program, peserta ditempatkan di Tumpat, Kelantan; Muar, Johor; serta Sungai Petani, Kedah, melibatkan latihan kesukarelawanan secara intensif serta pendedahan praktikal dalam bidang pembangunan komuniti, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan, menerusi kerjasama agensi kerajaan, NGO dan JKKK.

Akademi MyCorps bertujuan melahirkan belia yang berkemahiran, berwibawa dan prihatin, di samping mengukuhkan jaringan belia bersama masyarakat.

Melangkah ke 2026, KBS akan memperluas inisiatif MyCorps ke peringkat antarabangsa menerusi MyCorps @ Timor Leste, terbuka kepada belia 30 tahun ke bawah.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI  #MalaysiaMADANI

24 Januari 2026, Kedah - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri , sebagai wadah mengangkat warisan agung bangsa serta menzahirkan kekayaan peradaban Melayu yang berakar dalam sejarah, nilai dan jati diri kita.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa persilatan bukan sekadar seni mempertahankan diri atau medan persaingan fizikal, sebaliknya medium membina jati diri, disiplin dan roh perjuangan — khususnya dalam kalangan pesilat muda.

Penganjuran ini turut menjadi platform memperkukuh perpaduan dalam kalangan pesilat serta mengangkat martabat silat sebagai khazanah warisan kebangsaan yang wajar dipelihara dan diperkasakan, seiring aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

24 Januari 2026, Kuantan, Pahang - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-74.

MPAT kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi persidangan pertama selepas pelaksanaan had umur belia 30 tahun. 

Seramai 351 perwakilan belia dari seluruh negara berkumpul untuk bertukar pandangan, membincangkan dasar serta merangka hala tuju masa depan gerakan belia Malaysia dalam landskap pembangunan belia yang lebih segar dan relevan.

Platform ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan belia untuk bersuara, berkongsi idea dan mengemukakan pandangan bernas demi masa depan generasi muda.

MPAT74 MBM terus menjadi ruang penting untuk memperkukuh suara dan kepimpinan belia ke arah melahirkan generasi muda yang progresif, inklusif dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.