15 Januari 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Atlet dan Jurulatih Negara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Majlis ini bukan sekadar ruang untuk beramah mesra, malah menjadi platform penting untuk saling berinteraksi, bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara atlet dan jurulatih negara.

Dalam amanatnya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara di Sukan SEA 2025 atas pencapaian cemerlang, serta Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Para Asia (AYPG) atas kejayaan yang amat membanggakan.

Dalam amanatnya juga, beliau mendoakan kejayaan buat Kontinjen Atlet Para Malaysia yang bakal berlepas ke Thailand bagi menyertai Temasya Sukan Para ASEAN di Nakhon Ratchasima dari 20 hingga 26 Januari 2026.

YB Menteri turut mengajak para atlet dan jurulatih untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat, disiplin dan keyakinan tinggi—menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap kritikan sebagai dorongan dan setiap peluang sebagai ruang untuk membuktikan kemampuan.

Hadir sama, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

15 Januari 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, hari ini menyempurnakan penyerahan surat pelantikan Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) KBS yang baharu.

Pelantikan tersebut melibatkan Puan Erwani binti Ismail sebagai Penasihat Undang-Undang (PUU) serta YBrs. Dr. Muhammad Firdaus bin Azizan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), berkuat kuasa mulai 15 Januari 2026.

Warga KBS mengalu-alukan pelantikan ini dan yakin pelantikan ini akan menyuntik sinergi baharu, memperkukuh kepimpinan serta memperkasa pelaksanaan agenda belia dan sukan negara.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kementerian.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KitaSemuaTeamMAS

14 Januari 2026, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima kunjungan hormat YB Dato’ Sri Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Sabah.

Kunjungan ini disambut oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, dengan perbincangan memfokuskan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan belia dan sukan Sabah 

Antara perkara dibincangkan:
Penganjuran program belia & sukan
Semakan Akta 576
Geran-geran KBS
Penaiktarafan fasiliti sukan

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkasa ekosistem belia dan sukan secara inklusif, sejajar aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

13 Januari 2026, Putrajaya - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Malam Selamat Belayar Kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-49/2026 di Menara KBS, Putrajaya.

Seramai 17 anak muda terpilih bakal mewakili negara dalam program pertukaran belia antarabangsa berprestij ini bersama 181 peserta dari negara-negara ASEAN dan Jepun, dengan pelayaran bermula 15 Januari hingga 17 Februari 2026, singgah di Singapura dan Thailand.

Sepanjang pelayaran, peserta akan berkongsi idea, bertukar budaya, berinteraksi dengan komuniti serta membincangkan isu ekonomi, politik dan sosial — membina perspektif global dan kepimpinan masa depan.

Penyertaan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dalam melahirkan belia berwawasan global dan berintegriti.

Mari kita sama-sama doakan perjalanan yang selamat dan kejayaan buat kontinjen Malaysia.
Tinggalkan kata semangat anda di ruangan komen!

Turut hadir YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADAN

13 Januari 2026, Johor - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merafak sembah menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas perkenan menerima menghadap YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan pada hari ini.

Pertemuan tersebut menjadi wadah menjunjung titah, nasihat serta pandangan DYAM Tunku yang amat bernilai dan akan dijadikan pedoman dalam memperhalusi dasar, perancangan serta pelaksanaan inisiatif pembangunan belia dan sukan negara demi kepentingan generasi masa hadapan.

KBS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan serta sokongan DYAM Tunku terhadap agenda pembangunan belia dan sukan tanah air. Titah serta buah fikiran DYAM Tunku yang menekankan kepentingan pendidikan dan sukan sebagai medium strategik pembentukan modal insan berkualiti amat disanjung tinggi.

KBS mendoakan semoga DYAM Tunku dan seluruh Kerabat Diraja Johor dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan berterusan, serta rahmat dan lindungan Allah SWT dalam memimpin serta menaungi Negeri Johor Darul Ta’zim demi kesejahteraan rakyatnya.

Allah Peliharakan Sultan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.