19 Disember 2025, KLIA, Sepang - YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di KLIA bagi menyambut kepulangan atlet pasukan memanah, menembak dan catur yang selamat pulang dari Temasya Sukan SEA 2025 Thailand.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan atlet, jurulatih serta pegawai pasukan atas komitmen, disiplin dan semangat juang tinggi yang ditampilkan sepanjang temasya berlangsung. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

19 Disember 2025, Bangkok, Thailand - Majlis Serah Tugas Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah berlangsung hari ini di Bangkok, Thailand bersempena Temasya Sukan SEA 2025 ke-33.

Majlis tersebut melibatkan penyerahan tugas secara rasmi daripada mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, kepada Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.

YB Hannah Yeoh merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS), agensi di bawah kementerian serta semua pemegang taruh atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya, sambil menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu kementerian untuk meneruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Sementara itu, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menzahirkan komitmen untuk meneruskan kesinambungan dasar dan program kementerian, dengan penekanan terhadap kebajikan atlet, sokongan kepada kontinjen Malaysia yang sedang beraksi di temasya sukan berkenaan serta memperkasa hal ehwal pembangunan belia.

Majlis serah tugas itu adalah susulan pengumuman rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, 16 Disember. YB Hannah Yeoh kini memegang tanggungjawab selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, pengurusan tertinggi kementerian, Presiden Majlis Olimpik Malaysia serta wakil kontinjen Malaysia yang berada di Bangkok sempena Temasya Sukan SEA Ke-33.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

 Jangan lepaskan detik epik ini! 🔥

Saksikan Siaran Langsung Majlis Penutup Sukan SEA Thailand 2025 & Penyerahan Bendera SEAGF kepada Malaysia

🗓 20 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 6.00 petang – 10.00 malam
📍 Tingkat 6, Quill Convention Centre, Quill City Mall Kuala Lumpur

✨ Aktiviti sampingan:
🤝 Meet & Greet Atlet Malaysia
🎤 Forum Ikon Sukan Negara

🎁 Cabutan bertuah menarik menanti anda!

Turut disiarkan secara langsung di RTM, Astro Arena & TVS!

Jumpa di sana! ✌🏻

#SukanSEA2025 #Thailand2025 #SEAGF
#SukanSEAMalaysia2027
#SekretariatMASOC2027
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#QuillCityMall

Please publish modules in offcanvas position.