6 Disember 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya. 

Penganjuran ini berlangsung seiring dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada 5 Disember setiap tahun.

Sambutan HKBM Peringkat Kebangsaan 2025 membawa tema “Belia ASEAN, Komuniti Berdaya”, yang menekankan keberanian, keupayaan dan komitmen golongan belia untuk terus menyumbang serta memberi impak positif, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi merentasi sempadan ASEAN.

KBS menyasarkan lebih 5,000 peserta menyertai HKBM di peringkat Kebangsaan dan Negeri, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan serta tahap kesedaran yang tinggi terhadap semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Secara keseluruhan, penglibatan sukarelawan belia di bawah pelbagai inisiatif KBS sepanjang tahun 2025 telah mencecah lebih 10,420 orang. 

Peningkatan ini menunjukkan perkembangan yang positif dalam usaha memperkukuh budaya kesukarelawanan serta memupuk penyertaan aktif belia dalam pembangunan komuniti.

Sambutan HKBM 2025 turut menampilkan Pertandingan Video Pendek, Fotografi dan Esei, dengan pemenang diumumkan pada sesi penutup. Pertandingan ini menjadi platform ekspresi kreatif belia, selaras dengan tema “Belia ASEAN, Komuniti Berdaya”.

Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

5 Disember 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke
Asian Youth Para Games (AYPG) 2025.

Kontinjen Malaysia, terdiri daripada 53 atlet dan pegawai, akan menggalas cabaran di Temasya Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2025.

Mereka akan bertanding dalam 8 acara sukan: Boccia, Para Badminton, Para Memanah, Para Pingpong, Para Powerlifting, Para Olahraga, Para Renang dan Para Taekwondo.

Semoga AYPG 2025 menjadi pentas untuk para atlet menonjolkan potensi sebenar dan mengharumkan nama negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

4 Disember 2025, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara.

Pada majlis tersebut, YB Hannah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Chef de Mission Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah, sebelum diserahkan kepada pembawa Jalur Gemilang, Andre Anura Anuar dari sukan Olahraga.

YB Hannah turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Chef de Mission Sukan Para ASEAN 2025, Encik Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, yang kemudian diserahkan kepada Muhammad Akmal Danish Mohamad Supi (Para Powerlifting) dan Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi (Para Badminton) selaku pembawa Jalur Gemilang.

Untuk edisi kali ini, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA bakal mencipta sejarah dengan penyertaan 1,142 atlet, melibatkan 459 acara merentasi semua 50 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sementara itu, Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN akan disertai seramai 236 atlet.

Sukan SEA 2025 akan berlangsung pada 9 – 20 Disember 2025 di Bangkok dan Chonburi, manakala Sukan Para ASEAN 2025 dijadualkan berlangsung di Korat pada 20 – 26 Januari 2026.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

2 Disember 2025, Putrajaya - Sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan, meningkatkan koordinasi keselamatan serta mempertingkat keupayaan tindak balas kecemasan dalam kalangan warga kerja, KBS telah melaksanakan satu latihan simulasi ancaman bom pada 2 Disember 2025.

Latihan ini menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan / Emergency Response Plan (ERP) KBS serta peranan setiap pihak dalam menghadapi situasi kritikal.

Menariknya, operasi pemusnahan objek ancaman yang lazimnya dikaitkan dengan watak lelaki telah diketuai oleh Ketua Cawangan Persenjataan IPD Putrajaya, Insp. Mardiah binti Mohamed. Beliau membuktikan bahawa wanita juga memiliki kepakaran dan ketegasan dalam bidang berisiko tinggi ini, apabila berjaya meneutralkan objek ancaman tersebut dengan selamat di hadapan warga KBS.

KBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan latihan ini:

🔹 Polis Diraja Malaysia (IPK Kuala Lumpur)
🔹 IPD Putrajaya
🔹 Unit K9 Bukit Aman
🔹 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Putrajaya)
🔹 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
🔹 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga KBS atas kerjasama dan komitmen sepanjang latihan ini dijalankan.

🛡️ Keselamatan Adalah Keutamaan
🚨 Bersedia Hari Ini, Selamat Masa Hadapan

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

2 Disember 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

MPBN merupakan badan perunding yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan belia. Ia juga menjadi platform intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri dan kebangsaan dengan Kementerian serta agensi Persekutuan, bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan program belia secara lebih strategik.

Sepanjang persidangan, tiga (3) usul berkaitan pembangunan belia telah dibahaskan oleh para perwakilan.

Pelaksanaan MPBN mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan ruang yang lebih inklusif untuk belia menyuarakan pandangan terhadap isu dan cabaran semasa. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keterangkuman serta penglibatan aktif antara belia dan Kerajaan. Usaha ini turut memperkasakan peranan belia sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat sejahtera, seiring matlamat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).

Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.