26 November 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Belia (RTD): Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia di Menara KBS, Putrajaya.

Seramai 153 peserta terdiri daripada pakar, pegawai kanan kerajaan, ahli akademik, NGO dan golongan belia telah menyertai sesi ini. Perbincangan interaktif yang dijalankan menyumbang kepada penyempurnaan fasa akhir Panduan Ringkas (Quick Guide) Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia.

Panduan ini merupakan inisiatif YB Menteri sebagai rujukan ringkas untuk belia, keluarga dan komuniti dalam memberikan sokongan awal kepada individu terkesan dengan isu bunuh diri. 

KBS menerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara
(JBSN) komited memperkukuh usaha pencegahan tingkah laku bunuh diri serta memastikan kesejahteraan mental belia melalui pendekatan kolaboratif seluruh ekosistem pembangunan belia.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI

20 November 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Apresiasi Bahasa dan Sastera peringkat KBS 2025.

Program yang diadakan bersempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) ini merupakan komitmen berterusan KBS dalam menyokong agenda nasional, khususnya pemerkasaan bahasa kebangsaan.

KBS turut menyambut baik hasrat serta saranan YAB Perdana Menteri agar setiap kementerian, jabatan dan kerajaan negeri memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui pelbagai program, inisiatif dan hebahan yang melibatkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Sebanyak 10 program telah dilaksanakan sepanjang karnival ini dengan penyertaan aktif warga kementerian, jabatan dan agensi. Selain itu, aktiviti Hebahan Bahasa turut dilaksanakan pada setiap hari Khamis setiap minggu sebagai usaha konsisten mengarusperdanakan penggunaan bahasa kebangsaan.

Majlis turut diserikan dengan Forum Santai Bahasa yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Fedtri bin Yahya.

KBS berharap penganjuran karnival ini dapat terus memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan warga kerja.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

18 November 2025, Shah Alam - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hadir di program Rakan Muda Turun Kampus yang kini memasuki siri ke-9.

Program yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini menampilkan perkongsian YB Menteri bertajuk “Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan”, yang memberi inspirasi kepada para pelajar untuk melihat cabaran dengan perspektif baharu.

YB Menteri juga berkongsi pelbagai inisiatif pembangunan belia dan sukan yang sedang digerakkan oleh KBS untuk membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda.

Rakan Muda Turun Kampus adalah usaha memperluas ruang dialog antara anak muda dan kepimpinan KBS, selari dengan nilai Keyakinan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI. 

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

17 November 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir  menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penajaan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Corporate Hero Century Sdn. Bhd. (PACE).

Kerjasama ini memperkukuh komitmen dalam menyediakan sokongan kelengkapan berkualiti tinggi kepada atlet negara, melalui penyediaan pakaian rasmi TEAM MAS bagi atlet di bawah program MSN.

Pada majlis tersebut, MSN diwakili Ketua Pengarah, YBrs. Encik Jefri Ngadirin manakala PACE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Teoh Chia Chun.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

15 November 2025, Segamat, Johor - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Program Santuni MADANI Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSU KBS) di Kampung Spang Loi, Segamat, Johor.

Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung ini merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, inisiatif ini memperkukuh hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan yang lebih manusiawi, inklusif dan berteraskan keprihatinan.

Pelaksanaan program ini merangkumi pelbagai usaha di peringkat komuniti, antaranya membaik pulih rumah penduduk termasuk penggantian atap rosak, kerja pendawaian lampu dan plaster permukaan dinding luar; baik pulih taman permainan serta dewan badminton; pembekalan peralatan sukan dan kerja-kerja keceriaan stor SK Spang Loi; penyediaan bekalan harian dan set peralatan pembersihan; pelaksanaan Kursus Skills for Life (Kelas Asas AI bersama IKTBN Pagoh); serta mengecat dan menghias pintu gerbang kampung.

Program ini bukan sekadar pelaksanaan projek atau pembaikan kemudahan awam, tetapi usaha membawa kepimpinan lebih dekat kepada rakyat, mendengar keperluan mereka dan memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan semua pihak.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen MADANI yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini demi manfaat komuniti setempat.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.