8 November 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir  menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2025.

ARPRM merupakan inisiatif strategik utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award. Program ini bertujuan memperkukuh peranan Rakan Muda dalam membentuk belia berusia antara 14 hingga 24 tahun agar memiliki ciri kepimpinan, jati diri yang kukuh serta semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Pada tahun ini, seramai 76 orang penerima Tahap Emas telah ditauliahkan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima Tahap Emas kini melebihi 1,886 orang sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2000.

Tahap Emas merupakan pengiktirafan tertinggi dalam program ARPRM yang bukan sahaja menzahirkan kecemerlangan individu, tetapi turut berperanan sebagai platform pembangunan kepimpinan dan keterlibatan belia di peringkat antarabangsa.

KBS berharap agar semua penerima anugerah serta Badan Operasi ARPRM akan terus komited dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif 10 Gaya Hidup Rakan Muda, seiring dengan aspirasi untuk melahirkan generasi belia MADANI yang berdaya tahan, berwawasan dan berperanan aktif dalam pembangunan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

8 November 2025, Hulu Langat - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkukuh jalinan bersama komuniti melalui Program Kampung Angkat Madani KBS 2025 bertempat di Kg. Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor.

Antara pengisian utama program penyelenggaraan 20 unit penghawa dingin Masjid Ar-Rahman, gotong-royong mengecat masjid, dan pembaikan dewan serbaguna dan gelanggang futsal Kg Sungai Lui serta klinik pickleball.

Turut berlangsung penyerahan van jenazah yang telah diselenggara oleh pengajar dan pelajar IKTBN Dusun Tua. 

Program ini turut mendapat kerjasama IKTBN Dusun Tua melibatkan seramai 30 pelajar dan 10 pengajar, sebagai inisiatif mempraktikkan teori dan amali dialam pekerjaan sebenar.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

3 November 2025, Petaling Jaya, Selangor - Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Unit Integriti (UI) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) telah menganjurkan Bicara Integriti: Tatakelola Baik bersama Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Sesi ini menampilkan Penguasa Kanan, Cheong Zhit Hou daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPRMWPKL), yang berkongsi pengalaman dan pembelajaran berkaitan kes-kes perolehan, tatakelola dan integriti dalam sektor awam.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh amalan tadbir urus dan integriti dalam kalangan peserta selaras dengan keperluan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA). Turut hadir ialah YBrs. Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.

5 November 2025, Petaling Jaya, Selangor -  Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir melancarkan Program Realiti Jaguh Rakan Muda di 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. 

Program ini merupakan inisiatif berimpak tinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mencungkil potensi serta ketahanan fizikal dan mental golongan belia melalui pelbagai cabaran kompetitif.

Berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jenama Rakan Muda sebagai peneraju gaya hidup belia Malaysia, dengan pendekatan yang kreatif, segar dan selari dengan cita rasa generasi muda.

Jaguh Rakan Muda akan ditayangkan di Astro bermula pertengahan November hingga pertengahan Disember 2025, melibatkan penyertaan belia dari seluruh negara.

Seiring aspirasi Malaysia MADANI, program ini menekankan nilai kemampanan, keyakinan, hormat, ihsan serta elemen inovasi dan kepimpinan dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berwibawa.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI

2 November 2025, Sungkai, Perak - Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) 2.0 Zon Tengah melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Sesi Town Hall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak. 

Program tiga hari yang bermula pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 ini menghimpunkan ratusan belia daripada komuniti Felda dan masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Matlamatnya adalah untuk memperluas jaringan sosial, memperkukuh kepimpinan, serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti. 

Kembara JOM turut berfungsi sebagai platform pemprofilan belia luar bandar, di samping menggalakkan penubuhan persatuan belia baharu serta pelaksanaan kajian sosioekonomi belia setempat. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kembara JOM 2.0 Zon Tengah. Sinergi antara pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia luar bandar yang lebih
berstruktur, inklusif dan bersepadu.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.