12 Oktober 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Konvensyen Beliawanis India Malaysia 2025 yang berlangsung di Putrajaya.

Konvensyen anjuran Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini menghimpunkan lebih 500 beliawanis India dari seluruh negara dalam satu platform kebangsaan.

Program ini menjadi wadah untuk membina keyakinan diri, memperkukuh kapasiti kepimpinan serta mengarusperdanakan suara wanita muda India Malaysia dalam pembangunan negara.

KBS kekal komited menyokong dan memperluas ruang penyertaan wanita muda — bukan sahaja dalam komuniti, tetapi juga dalam sektor ekonomi, politik dan kepimpinan negara. Apabila wanita muda diberi peluang, seluruh masyarakat akan turut merasai manfaatnya.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

11 Oktober 2025, Kuala Terengganu, Terengganu - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Bertemakan “Malaysia Aktif”, sambutan tahun ini menekankan pendekatan inklusif dan mesra komuniti dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta komuniti OKU.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan antaranya Kayuhan MADANI 30km, Larian Ria MADANI 5km, Berjalan MADANI 3km, Ping Pong Berpasukan, Cabaran Memanah 3D, Bowling Padang Veteran & OKU dan banyak lagi.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperuntukkan RM2.3 juta bagi lima projek pembangunan sukan di negeri ini yang meliputi kerja-kerja naik taraf dan pembinaan baharu, termasuk:

- Pembaikan lampu limpah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,
- Pembangunan Litar Latihan MotoGP & Pocketbike,
- Naik taraf gelanggang sepak takraw di Tok Jiring,
- Pembinaan gelanggang futsal piawaian FIFA, serta
- Pembinaan gelanggang pickleball/padel di Gerbang Sukan Negeri Terengganu.

Inisiatif pembangunan ini bukan sahaja memperkukuh kemudahan sukan di Terengganu, malah menyokong pertumbuhan komuniti dan ekonomi setempat serta menyediakan lebih banyak ruang kepada rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

11 Oktober 2025, Ipoh, Perak - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh.

Sambutan yang turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini, merupakan kali pertama HSN peringkat kebangsaan diadakan di luar Lembah Klang — selaras dengan usaha memperluas dan merakyatkan budaya sukan dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat.

Bertemakan “Malaysia Aktif”, sambutan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Oktober 2025 ini menampilkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

Secara keseluruhan, lebih 40 acara utama di peringkat kebangsaan serta ratusan aktiviti di peringkat negeri dan daerah dianjurkan dengan sasaran penyertaan seramai 5.2 juta rakyat Malaysia.

Tahun ini juga menyaksikan penganjuran semula Anugerah Sukan Untuk Semua, yang mengiktiraf individu, keluarga dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya sukan di peringkat akar umbi — seiring usaha membina masyarakat yang sihat, cergas dan progresif.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

8 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Kem Final Klinik STL 2025 yang berlangsung di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kuala Lumpur.

Kem selama tiga hari ini merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), menghimpunkan 40 bakat muda terbaik berusia 13 hingga 17 tahun — hasil pemilihan daripada enam siri Klinik STL di seluruh negara sejak awal musim.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mencuba sukan sepak takraw, malah turut memperkenalkan sukan ini ke sekolah pelbagai aliran termasuk Sekolah Cina, Tamil serta komuniti Orang Asli melalui projek khas pembangunan bakat.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

7 Oktober 2025, KLIA - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyambut kepulangan atlet para negara yang telah mencipta kejayaan di World Para Athletics Championships 2025, New Delhi.

Untuk kejohanan dunia kali ini, jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly mencipta sejarah dengan meraih pingat emas menerusi acara lompat jauh lelaki T20, dengan catatan 7.67 meter sekaligus memecahkan rekod dunia.

Turut mencipta kejutan, Muhammad Nazmi Nasri yang berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara lompat jauh lelaki T37 dengan catatan peribadi terbaik 6.35 meter.

Sementara jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli turut menyumbang satu lagi pingat gangsa menerusi acara F20 dengan lontaran sejauh 17.26 meter.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.