24 September 2025, Seremban, Negeri Sembilan - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke The 1st ASEAN-China Women’s Wushu Championship 2025 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Kejohanan ini, yang buat julung kalinya dianjurkan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, telah dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri.

Sebanyak 60 peserta dari negara-negara ASEAN dan China menyertai kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 26 September ini.

Penganjuran sulung ini amat signifikan kerana memberi peluang kepada lebih ramai atlet tempatan mendapat pendedahan untuk bersaing di peringkat ASEAN. 

Selain itu, ia turut menekankan kepentingan semangat kesukanan, menghormati lawan, serta menghargai persahabatan yang terjalin melalui pertandingan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

23 September 2025, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsung Program Hari Digital: Smart With AI KBS yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Chief Digital Officer KBS.

Program ini dianjurkan dengan objektif untuk menyokong usaha transformasi pendigitalan sektor kerajaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. 

Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada warga KBS tentang kepentingan teknologi maklumat serta teknologi baharu yang relevan dengan tugasan harian, di samping menjadi platform mencetuskan idea dan inovasi berasaskan teknologi bagi menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada. 

Selain itu, program ini turut mempromosikan sistem digital KBS dan agensi di bawahnya agar dapat digunakan secara lebih optimum.

Antara pengisian menarik dalam Hari Digital: Smart With AI KBS termasuk sesi perkongsian dengan topik “Penyamaran sebagai Jalan Penipuan Siber” oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); “Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam (GPAISA)” oleh Jabatan Digital Negara (JDN); serta perkongsian “AI Sports Analytics”, “Empowering Smart Work Through AI” dan “AI Tools for Work”.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

21 September 2025, Kajang -YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20, Sidang Ketiga yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor.

Bertemakan “Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri”, seramai 657 graduan diraikan, meliputi bidang Teknologi Awam, Mekanikal, Pertanian, Pembuatan Makanan dan Marin.

KBS terus komited memacu transformasi TVET agar benar-benar memenuhi tuntutan industri melalui penguasaan teknologi AI, automasi, pembelajaran hibrid serta micro-credentials.

Diharapkan para graduan ILKBS dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk membina kerjaya cemerlang, menjadi tenaga mahir yang berdaya saing, serta menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

20 September 2025, Seremban - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyantuni peserta Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) 2025 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Inisiatif baharu KBS ini bertujuan memperkasa komuniti OKU melalui penyertaan aktif dalam sukan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan semangat “No One Left Behind”.

Edisi tahun ini menyaksikan lebih 6,500 penyertaan dari seluruh negara dengan tiga acara utama dipertandingkan iaitu bola tampar duduk, futsal dan tenpin boling. 

Uniknya, liga ini tidak menetapkan had umur maksimum (bermula dari 15 tahun ke atas) serta terbuka kepada atlet dengan pelbagai bentuk ketidakupayaan termasuk fizikal, intelektual, visual dan pendengaran. 

Pendekatan inklusif ini bukan sahaja memperluas penyertaan, malah memperkukuh nilai kesukanan, semangat kebersamaan dan keterangkuman dalam masyarakat.

Selain sebagai medan pertandingan, Liga Sukan OKU juga menjadi platform pembangunan sahsiah, pemerkasaan sosial serta pencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke pentas lebih tinggi seperti Para SUKMA, Para ASEAN dan Paralimpik.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

20 September 2025, Paroi - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah (Scoreboard) di Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan.

Projek bernilai RM500,000 ini telah dimulakan pada Januari lalu dan siap sepenuhnya pada Julai 2025, melibatkan penggantian papan markah lama dengan sistem baharu yang lebih moden, pembaikan pendawaian rosak serta pengubahsuaian panel kawalan. 

Dengan kemudahan ini, keputusan pertandingan dapat dipaparkan dengan lebih pantas, tepat dan efisien kepada atlet, jurulatih dan penonton.

Penaiktarafan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pengalaman pertandingan, malah memberi motivasi tambahan kepada para perenang untuk berlatih lebih gigih. 

Ia juga mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkukuh ekosistem sukan negara, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menyediakan fasiliti yang inklusif – daripada kompleks besar hingga ke kemudahan komuniti yang dekat dengan rakyat.

Pusat Akuatik Negeri, Paroi kini bersedia menjadi medan terbaik melahirkan lebih ramai bakat sukan dari peringkat akar umbi hingga profesional.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.