10 September 2025, Sepang - Skuad Wushu Negara disambut penuh meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan cabaran di Kejohanan Wushu Dunia 2025 yang berlangsung di Brasilia, Brazil .

Ketibaan skuad negara diraikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Kejayaan cemerlang pasukan wushu negara berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan pencapaian berikut:

5 Pingat Emas
1 Pingat Perak
2 Pingat Gangsa

Tahniah dan terima kasih kepada Si Shin Peng, Tan Cheong Min, Lee Jia Rong, Pang Pui Yee, Bryan Ti Kai Jie dan Clement Ting Su Wei atas kejayaan membanggakan negara di pentas dunia!

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

5 September 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penutup ASEAN Coach Developer Programme 2025.

Program yang berlangsung pada 1 hingga 5 September 2025 ini menghimpunkan para pembimbing jurulatih, pakar, dan pengamal sukan dari seluruh rantau.

Program ini dirangka bagi memperkasakan pembangunan program pembimbing jurulatih bagi membentuk generasi baharu jurulatih melalui gabungan teori, amalan dan perkongsian pengalaman.

Antara topik yang dibincangkan ialah falsafah kejurulatihan, pembangunan jurulatih para, serta strategi memperkukuh standard kejurulatihan di rantau ASEAN.

Program ini mencerminkan komitmen Malaysia, melalui Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Sukan Negara, untuk membina ekosistem sukan serantau yang lebih kukuh dan bersatu – sebuah ekosistem yang memperkasa jurulatih, menginspirasi atlet dan menyatukan komuniti melalui sukan.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

5 September 2025, Serdang, Selangor - Seramai 60 warga KBS turut serta dalam Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung dengan penuh meriah di MAEPS, Serdang.

Bertemakan “Membangun Ummah MADANI”, sambutan ini bukan sahaja memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi wadah terbaik untuk masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan serta sunnah Baginda.

Penyertaan Kontinjen KBS mencerminkan komitmen warga KBS dalam menghayati nilai-nilai murni Rasulullah SAW, termasuk amanah, keadilan, dan kasih sayang sesama insan.

Sambutan kali ini turut menekankan kepentingan membudayakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian, khususnya dalam melaksanakan amanah terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Hal ini juga selari dengan teras Ihsan dan Kesejahteraan di bawah gagasan Malaysia MADANI, yang menyeru ke arah pembinaan masyarakat penuh kasih sayang, saling menghormati, serta berintegriti.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

2 September 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, telah menyempurnakan penyampaian Dana Antarabangsa Belia 2025 (IYF@KBS) Jendela Kedua di Menara KBS, Putrajaya.

Seramai 23 orang belia terpilih sebagai penerima dana bagi jendela kedua ini. Mereka berpeluang menyertai program berprestij di peringkat global seperti UN High-Level Plenary Meeting, UN Climate Change Conference (COP30), Local Conference of Youth (LCOY) 2025 serta World Summit on Social Development.

Menariknya, bukan sekadar hadir sebagai peserta, sebahagian daripada mereka turut diberi mandat untuk membentangkan kertas kerja – satu pengiktirafan terhadap keupayaan, pencapaian dan kredibiliti belia Malaysia di pentas antarabangsa.

IYF@KBS merupakan inisiatif KBS dalam memperkasa pembangunan belia melalui penglibatan aktif dalam mesyuarat, forum, persidangan dan simposium antarabangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.

Hadir sama, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

2 September 2025, KLIA, Sepang - Juara Dunia Beregu Campuran, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei serta Naib Juara Dunia Beregu Wanita, Pearly Tan–M. Thinaah, disambut penuh meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan cabaran di Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis.

Ketibaan mereka diraikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh & Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

Lebih bermakna, ahli keluarga turut hadir di balai ketibaan bagi meraikan kepulangan wira dan wirawati negara ini.

Kejayaan Tang Jie–Ee Wei menjuarai beregu campuran hadir pada tanggal penuh bersejarah, Hari Kemerdekaan, selepas menewaskan pasangan handalan China di pentas final.

Sementara itu, pasangan Pearly–Thinaah  
 turut mencipta sensasi apabila bergelar Naib Juara Dunia, sekali gus melakar sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke final Kejohanan Dunia.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.