20 Ogos 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama Pemegang Taruh Belia dan Sukan.

Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, aspirasi dan cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan belia dan sukan negara. 

Melalui libat urus ini, Kementerian Belia dan Sukan dapat memastikan dasar serta inisiatif yang dirangka adalah inklusif, relevan dan menepati keperluan semasa.

Lebih 300 pemegang taruh belia dan sukan hadir, melambangkan sokongan padu dan komitmen bersama dalam memperkasa belia serta memartabatkan arena sukan negara.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Naguendean Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

20 Ogos 2025, Putrajaya - Hari ini berlangsung sesi penyampaian amanat oleh YB Menteri Belia dan Sukan kepada pelajar-pelajar ILKBS yang akan mewakili negara ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025.

Seramai 4 pelajar ILKBS terpilih membawa cabaran Malaysia di pentas serantau:
1️⃣ Wan Nur Amilya binti Wan Zolkarnaini – IKBN Kemasik (Hairdressing) 
2️⃣ Kairul Amer bin Ruslan – IKTBN Dusun Tua (Electrical Installations)
3️⃣ Muhammad Amar bin Azli – IKBN Wakaf Tapai (Welding)
4️⃣ Ahmad Basyir bin Nizam – IKBN Naka (Refrigeration & Air Conditioning)

Turut hadir menyatakan sokongan padu ialah YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,  Kementerian Belia dan Sukan bersama barisan pengurusan tertinggi KBS serta pasukan teknikal & strategik WorldSkills ASEAN 2025.

Amanat YB Menteri menekankan semangat juang, disiplin, doa dan kesungguhan untuk membawa pulang kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Mari kita bersama-sama memberi sokongan kepada wira & wirawati muda negara ini.
Go For Gold! #KitaSemuaTeamMAS!

TVET Pilihan Utama Kerjaya. 
ILKBS Profesional Terunggul. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

18 Ogos 2025, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Unit Integriti (UI) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Program Urus Tadbir Dana Awam KBS Tahun 2025, sebagai inisiatif pendidikan dan advokasi dalam memperkukuh integriti pengurusan dana awam.

Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada fokus utama Halatuju Sektor Pencegahan yang menekankan pendidikan antirasuah di samping penelitian terhadap amalan, sistem dan tatacara badan awam bagi memperkukuh langkah pencegahan rasuah.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada pemegang taruh belia dan sukan serta pegawai KBS telah terlibat program ini.

Turut hadir sama YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN; Tuan Razali bin Khamis, Ketua Unit Integriti KBS; serta Puan PKPj Aini binti Awang Muda, Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

18 Ogos 2025, Putrajaya - Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Pekak Malaysia ke SEA Deaf Games 2025 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, di Menara KBS, Putrajaya.

Kontinjen Malaysia menyasarkan 16 pingat emas pada temasya yang berlangsung dari 20 hingga 26 Ogos ini di Jakarta, Indonesia. Kontinjen negara terdiri daripada 53 atlet dan 27 pegawai yang akan bersaing dalam enam acara iaitu futsal, olahraga, badminton, tenpin boling, catur dan ping pong.

Anda bukan hanya atlet, anda adalah inspirasi Malaysia. Semangat  #KitaSemuaTeamMAS akan sentiasa bersama anda.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

17 Ogos 2025, Sabah - Lebih 860 orang belia dari Sabah dan WP Labuan berhimpun di Kg. Tagaroh bagi menyertai Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Borneo 1, bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia & Sukan.

Program selama tiga hari ini memperlihatkan semangat belia luar bandar yang diperkasa melalui pelbagai pengisian – sesi townhall mendengar suara anak muda, program keluarga angkat yang menyatukan hati pelbagai kaum, aktiviti kesukarelawanan, pembangunan kepimpinan, keusahawanan sosial dan Sukan Perpaduan MADANI.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti Kg. Tagaroh atas layanan mesra, sokongan serta keterlibatan aktif sepanjang program. Kehangatan dan keakraban yang terjalin membuktikan bahawa pemerkasaan belia bermula daripada akar umbi masyarakat.

KBS komited memastikan suara belia terus didengar, potensi mereka dipupuk dan jaringan komuniti diperluas demi melahirkan generasi muda yang progresif, inklusif dan berwawasan. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.