Sertai Tinjauan Awam Perancangan Belanjawan KBS 2026 bermula 13 – 20 Ogos 2025. 

Kongsi pandangan anda demi membentuk masa depan belia, sukan dan negara. Imbas kod QR untuk menyertai sekarang!

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

12 Ogos 2025, Dengkil, Selangor - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil bagi meninjau secara dekat pendekatan baharu pemulihan yang lebih mesra klien.

Lawatan yang turut disertai oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, ini menegaskan komitmen kerajaan MADANI dalam menangani isu penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang, khususnya dalam kalangan belia.

Dalam sesi tersebut, turut berlangsung penyerahan Gimnasium Transform GYM oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk kegunaan klien dan warga PUSPEN Dengkil. 

Kemudahan ini bukan sekadar ruang kecergasan, tetapi menjadi simbol kolaborasi erat KBS–KDN dalam menyokong gaya hidup sihat, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, serta memperkukuh proses pemulihan klien.

Selaras dengan penekanan YAB Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan mengutamakan ketenteraman awam dengan memerangi penyalahgunaan dadah yang dikenal pasti sebagai punca kepada 28 jenis jenayah lain. 

Justeru, pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu akan dilaksanakan, merangkumi aspek penguatkuasaan, pencegahan, dan pemulihan. 

Langkah ini sekali gus mengubah serta memperkukuh paradigma dalam usaha merawat isu penagihan dadah melalui kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, institusi pemulihan, dan pihak berkepentingan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Tawaran Sewaan/Pajakan Tanah Milik Pesuruhjaya Tanah Perseketuan (PTP) di Bawah Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

KBS menawarkan sewaan/pajakan tanah milik PTP di bawah KJP KBS untuk tujuan pembangunan fasiliti sukan atau kemudahan aktiviti belia dan sukan. Sesuai untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah kosong di bawah KJP KBS.

Senarai tanah adalah seperti berikut:

 

1.    No. Lot PT1593, Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang – Keluasan 1.2141 hektar (3.00 ekar)

2.    No. Lot PT6179, Mukim Luit, Daerah Maran, Pahang – Keluasan 0.1692 hektar (0.41811 ekar)

3.    No. Lot LOT15112, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.4047 hektar (1.000 ekar)

4.    No. Lot LOT15111, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.3868 hektar (0.9558 ekar)

5.    No. Lot PT1287, Mukim Bongor, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 11.9373 hektar (29.4983 ekar)

6.    No. Lot PT1972, Mukim Bandar Baling, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 3.9650 hektar (9.7979 ekar)

7.    No. Lot PT3973, Mukim Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah, Perak – Keluasan 8.0010 hektar (19.7713 ekar)

8.    No. Lot PT13594, Mukim Jorak, Daerah Muar, Johor – Keluasan 1.0926 hektar (2.6999 ekar)

9.    No. Lot LOT2299, Mukim 13, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang – Keluasan 0.2680 hektar (0.6623 ekar)

10. No. Lot LOT18978, Mukim Utan Aji, Daerah Perlis, Perlis – Keluasan 4.1810 hektar (10.3316 ekar)

Tatacara permohonan:

 

Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

 

* Surat permohonan berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani.

* Tujuan sewaan/pajakan.

 

Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut:

 

* No. Lot / No. Bangunan

* Mukim / Pekan/ Bandar

* Daerah

* Negeri

* Salinan hakmilik

* Carian rasmi terkini

* Pelan lokasi /pelan tapak

 

Jika permohonan dari syarikat, kemukakan:

 

* Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat

* Salinan artikal MAA

* Salinan Borang 24 dan 29

* Salinan R.O.B

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada JKPTG di alamat berikut:

 

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (Persekutuan)

Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Aras 2, Blok Menara

Lot 4G3, Presint 4

Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan

62574 PUTRAJAYA.

No. Tel.: 03-8871 2609

No. Faksimili: 03-8889 3855

 

Bersama-sama kita mengoptimumkan penggunaan tanah demi kemajuan aktiviti sukan dan pembangunan belia!

Tiga pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah terpilih mewakili Malaysia dalam Expert Exchange Program on Nation Building and Youth Policy Between Malaysia and Türkiye yang berlangsung dari 1 hingga 8 Ogos 2025 di Batman, Türkiye:


1️⃣ Encik Mohamad Fadhlir Rahman Mohamad Nazir – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
2️⃣ Puan Lim Chee Jie – Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS
3️⃣ Encik Mohamad Akmal Md Ruslan – Bahagian Pembangunan Belia, JBSN

Mereka merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang turut disertai wakil Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Parlimen Malaysia.

Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala melalui perkongsian dasar serta amalan terbaik dalam kenegaraan, pembangunan belia dan kepimpinan. Sepanjang tempoh tersebut, delegasi terlibat dalam forum, lawatan institusi dan sesi diskusi bersama pakar Türkiye.

Antara agensi yang dilawati termasuk:
✅ Pusat Belia Wilayah Batman
✅ Pejabat Gabenor Daerah Hasankeyf
✅ Pejabat Pengarah Belia dan Sukan Wilayah Batman
✅ Pejabat Pengarah Pendidikan Wilayah Batman
✅ Pejabat Gabenor Wilayah Batman
✅ Universiti Batman
✅ Yayasan Belia Türkiye
✅ Syarikat Petrol Türkiye (TPAO) Wilayah 8th Raman

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

9 Ogos 2025, Kota Bharu - Rangkuman Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan meriah dengan pelbagai aktiviti sukan yang dibawa khas oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara aktiviti tersebut termasuk MaRak (Madani Rakyat) Fun Run yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta. Slingshot Challenge, Pertandingan Basketball 3 on 3 serta E-Sport turut menjadi tarikan utama para pengunjung.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, semangat budaya hidup sihat dan gaya hidup aktif terus dipupuk dalam kalangan rakyat, di samping mempererat perpaduan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.

Program turut diserikan dengan Majlis Perasmian Penutupan PMR 2025 Kelantan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

Terima kasih warga Kelantan! Jumpa di edisi yang seterusnya.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.