5 Ogos 2025, Selangor - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 13/2025 yang berlangsung di Shah Alam.

Mesyuarat yang turut dihadiri Exco Belia dan Sukan Negeri telah memutuskan untuk memasukkan sukan tinju dan sofbol sebagai acara wajib SUKMA, selaras dengan status kedua-dua sukan tersebut yang dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik. Dasar ini akan berkuat kuasa mulai SUKMA 2026.

Sebagai tuan rumah SUKMA 2026, Selangor turut memilih empat acara sebagai sukan pilihan iaitu catur, kriket, kabadi dan e-sukan, menjadikan keseluruhan 34 acara sukan akan dipertandingkan pada temasya tahun hadapan.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADA

5 Ogos 2025, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri dan Exco mengenai Pembangunan Belia dan Sukan Bilangan 1 Tahun 2025.

Mesyuarat telah dihadiri oleh Menteri dan Exco yang bertanggungjawab atas pembangunan belia dan sukan Negeri-negeri.

Mesyuarat ini memperkukuh kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam merangka hala tuju pembangunan belia dan sukan, termasuk:

Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha bersepadu ke arah pembangunan belia yang lebih progresif, inklusif dan mampan. 

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

5 Ogos 2025, Kajang, Selangor - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Simposium Kemahiran ILKBS 2025 (SKIL’25).

Program ini menghimpunkan lebih 500 pengajar TVET dari seluruh negara dengan objektif memperkukuh integriti, sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan tenaga pengajar, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Bertemakan “TVET Berintegriti Menjulang Nilai MADANI”, SKIL’25 menekankan peranan penting pengajar sebagai figura utama dalam membentuk belia melalui sistem latihan kemahiran yang berasaskan nilai murni dan budi pekerti.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

29 Julai 2025, Bangi - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2025 Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Majlis ini merupakan simbol penghargaan kementerian terhadap jasa, dedikasi dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh warga kerja KBS. Seramai 348 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 28 pesara diraikan dalam suasana penuh penghormatan di Bangi Avenue Convention Centre.

Dalam amanat yang disampaikan, YB Menteri menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan, pengiktirafan terhadap nilai kecemerlangan, serta usaha berterusan untuk menjadikan bidang belia dan sukan sebagai teras penting dalam pembangunan negara.

Buat yang telah bersara, jasa dan sumbangan anda akan sentiasa dikenang.
Buat yang masih berkhidmat, teruskan menyumbang dengan penuh makna dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang kekuatan KBS.
Terus melangkah ke hadapan dengan semangat – untuk belia, untuk sukan, untuk semua.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

26 Julai 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kejohanan yang berlangsung dari 24 hingga 27 Julai ini menghimpunkan lebih 2,000 atlet dari seluruh negara, melibatkan lima disiplin utama sukan tempur iaitu silat, wushu, karate do, muay thai dan gusti.

Selain mencungkil bakat baharu dan menilai prestasi atlet ke peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Asia, kejohanan ini juga mencerminkan komitmen KBS terhadap nilai Malaysia MADANI, khususnya aspek kesejahteraan dan penyertaan masyarakat dalam sukan tanpa mengira latar belakang.

Ia turut menjadi platform untuk menyemai semangat disiplin, keyakinan dan kesukanan dalam kalangan atlet muda.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.