18 Julai 2025, Singapura - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bertemu rakan sejawat beliau Puan Teoh Zsin Woo, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Komuniti, Komuniti dan Belia (MCCY) Singapura bersempena Program The 10th Joint Seminar dan 41st Public Service Games for Public Sector Leaders di Singapura. 

Mesyuarat dua hala tersebut turut disertai oleh Encik Alan Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Sport Singapore, Encik David Chua, Ketua Pegawai Eksekutif National Youth Council (NYC) serta Puan Dhiya Delea Shukri daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS. 

Mesyuarat tersebut telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif melibatkan beberapa perkara utama, termasuk cadangan untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang belia dan sukan antara Malaysia dan Singapura. 

Selain itu, perbincangan turut merangkumi hasrat untuk berkerjasama dalam memperkasakan sukan massa serta menghidupkan semula National Sports Council (MSN) & Sport Singapore Games yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2014. 

Kedua-dua negara turut membincangkan supaya memperluaskan skop Program Pertukaran Belia antara NYC dan KBS agar melibatkan penyertaan belia dari pelbagai negeri dan latar belakang di Malaysia.

Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan strategik dalam bidang belia dan sukan menerusi pendekatan yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi. 

KBS kekal komited untuk memperluas jalinan kerjasama dua hala dengan negara-negara serantau, selaras dengan usaha memperkasakan keterlibatan belia serta meningkatkan kesejahteraan mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dalam kesempatan tersebut, YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU turut beramah mesra bersama para peserta Program Pertukaran Pemimpin Belia Malaysia-Singapura 2025 (Singapore-Malaysia Youth Leaders Exchange Programme - SMYLEP). 

Para peserta telah berkongsi pengalaman dan pembelajaran mereka sepanjang program berlangsung, yang melibatkan seramai 39 orang belia daripada pelbagai latar belakang dari kedua-dua negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

📸 National Youth Council (NYC)

19 Julai 2025, Pulau Pinang - Sambutan Minggu Perpaduan 2025, Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan

Sambutan diserikan dengan majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menandakan komitmen tinggi kerajaan dalam memperkukuh semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Reruai KBS terus mencuri tumpuan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
🤖 Demonstrasi robot
🎓 Konsultasi TVET oleh ILKBS
📝 Pendaftaran Rakan Muda
…dan banyak lagi!

📍 Masih belum singgah?
Jom ke Reruai KBS — kami akan berada di sini hingga 20 Julai 2025!

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

18 Julai 2025, Kedah - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hadir dalam Sesi Townhall Kembara JOM 2.0 Zon Utara yang berlangsung di Kolej KEDA, melibatkan lebih 500 peserta.

Sesi ini menjadi wadah perkongsian aspirasi, harapan dan cabaran yang dihadapi golongan belia, sekali gus mengukuhkan peranan mereka dalam pembangunan negara.

Kembara JOM 2.0 Zon Utara yang bermula pada 17 Julai 2025 ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berimpak tinggi, khususnya dalam memperkasa belia luar bandar menerusi pendekatan anak angkat bersama komuniti.

Pendekatan ini bukan sahaja berjaya merapatkan jurang antara generasi, malah menyemai nilai kekeluargaan, tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan – selari dengan nilai-nilai Kesejahteraan, Hormat, Ihsan dan Keyakinan yang menjadi tunjang Malaysia MADANI.

Program ini turut membuka ruang kolaborasi antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat ke arah melahirkan barisan pemimpin pelapis negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

17 Julai 2025, Kuala Lumpur - Program Rakan Muda Turun Kampus Siri Keenam diteruskan lagi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur, dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Program ini beri peluang pelajar IPT sampaikan pandangan, idea dan aspirasi mereka secara terus kepada pimpinan tertinggi KBS — selari dengan semangat Malaysia MADANI, khususnya nilai Keyakinan dan Ihsan.

Turut berlangsung hari ini — Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) antara UPNM dan Majlis Sukan Negara (MSN), yang membuka kerjasama strategik dalam bidang akademik dan pembangunan atlet.

Usaha ini dijangka bantu kukuhkan jati diri, semangat perpaduan, dan bawa suara belia terus ke arus perdana pembangunan negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

15 Julai 2025, Pulau Pinang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir ke Program Rakan Muda Turun Kampus yang berlangsung di Auditorium Han Chiang University College of Communication (HCUC), George Town, Pulau Pinang.

Program Rakan Muda Turun Kampus, yang kini memasuki siri kelima, merupakan platform khusus yang membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan serta idea mereka secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkaitan pembangunan belia dan sukan.

Inisiatif ini selari dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka serta membuka ruang untuk mereka menyumbang secara bermakna kepada pembangunan negara.

Pelaksanaan program ini turut menyasarkan usaha memperkukuh identiti dan perpaduan dalam kalangan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentas institusi serta mendapatkan input langsung bagi memperkasa strategi KBS dalam pembangunan program belia.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.