π€πŒπ€π‘π€π πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ πƒπŽπŠπ”πŒπ„π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 

Semua urusan perolehan rasmi Kementerian dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem ePerolehan. Pihak Kementerian tidak lagi mengeluarkan Pesanan Kerajaan secara manual atau luar talian (offline). Sebarang dokuman yang diterima di luar sistem ini adalah 𝐭𝐒𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐚𝐑.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

π€πŒπ€π‘π€π πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ πƒπŽπŠπ”πŒπ„π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 

Semua urusan perolehan rasmi Kementerian dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem ePerolehan. Pihak Kementerian tidak lagi mengeluarkan Pesanan Kerajaan secara manual atau luar talian (offline). Sebarang dokuman yang diterima di luar sistem ini adalah 𝐭𝐒𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐚𝐑.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

21 Jun 2025, Putrajaya - Sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia Tahun 2025, KBS menganjurkan ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) In Sports Conference 2025 pada 20 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Putrajaya yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Persidangan ini yang turut disokong oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merupakan salah satu inisiatif utama KBS di bawah pelaksanaan ASEAN Work Plan on Sports 2021–2025.

Persidangan yang bertemakan β€œInclusive Sports for All: Breaking Barriers, Building Bridges in ASEAN” ini merupakan manifestasi komitmen Malaysia dalam mendepani cabaran sosial serantau dengan menjunjung nilai keterangkuman dan kesaksamaan, seiring dengan aspirasi Kerangka Malaysia MADANI yang menekankan enam teras utama: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan
Ihsan.

Matlamat utama persidangan ini adalah untuk menghakupayakan komuniti OKU melalui pembangunan sukan untuk semua, sekaligus merealisasikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat serantau.Β 

#TeamKBS Β #KitaSemuaTeamMAS Β #MalaysiaMADANI Β #MADANIBekerja

20 Jun 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Welcoming Dinner ASEAN Persons with Disabilities in Sports Conference 2025.

ASEAN Persons with Disabilities in Sports Conference 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 20 hingga 21 Jun 2025 menghimpunkan 250 peserta dan 11 orang penceramah, termasuk wakil dari semua negara anggota ASEAN, Jepun, Korea Selatan dan Timor Leste.Β 

Persidangan ini memberi tumpuan kepada topik utama seperti kemudahan sukan inklusif, peranan sekolah sebagai pemangkin perubahan, sukan untuk pembangunan dan keamanan, ekosistem sukan inklusif serta legasi sukan paralimpik.

#TeamKBS Β #KitaSemuaTeamMAS Β #MADANIBekerja Β #MalaysiaMADANI

20 Jun 2025, Puncak Alam, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan meneruskan jelajah Rakan Muda Turun Kampus ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Rakan Muda Turun Kampus merupakan program khusus yang membolehkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan, dan idea secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam sesi ini, YB Menteri berpeluang menyampaikan perkongsian serta penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI terutama melibatkan pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda.

Inisiatif ini selari dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI yang menekankan harapan dan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka serta memberi ruang untuk mereka menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.

Rakan Muda, Yakin Boleh!

#TeamKBS Β #KitaSemuaTeamMAS Β #MalaysiaMADANI Β #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.