Tawaran Sewaan/Pajakan Tanah Milik Pesuruhjaya Tanah Perseketuan (PTP) di Bawah Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

KBS menawarkan sewaan/pajakan tanah milik PTP di bawah KJP KBS untuk tujuan pembangunan fasiliti sukan atau kemudahan aktiviti belia dan sukan. Sesuai untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah kosong di bawah KJP KBS.

Senarai tanah adalah seperti berikut:

 

1.    No. Lot PT1593, Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang – Keluasan 1.2141 hektar (3.00 ekar)

2.    No. Lot PT6179, Mukim Luit, Daerah Maran, Pahang – Keluasan 0.1692 hektar (0.41811 ekar)

3.    No. Lot LOT15112, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.4047 hektar (1.000 ekar)

4.    No. Lot LOT15111, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.3868 hektar (0.9558 ekar)

5.    No. Lot PT1287, Mukim Bongor, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 11.9373 hektar (29.4983 ekar)

6.    No. Lot PT1972, Mukim Bandar Baling, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 3.9650 hektar (9.7979 ekar)

7.    No. Lot PT3973, Mukim Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah, Perak – Keluasan 8.0010 hektar (19.7713 ekar)

8.    No. Lot PT13594, Mukim Jorak, Daerah Muar, Johor – Keluasan 1.0926 hektar (2.6999 ekar)

9.    No. Lot LOT2299, Mukim 13, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang – Keluasan 0.2680 hektar (0.6623 ekar)

10. No. Lot LOT18978, Mukim Utan Aji, Daerah Perlis, Perlis – Keluasan 4.1810 hektar (10.3316 ekar)

 

Tatacara permohonan:

 

Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

 

* Surat permohonan berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani.

* Tujuan sewaan/pajakan.

 

Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut:

 

* No. Lot / No. Bangunan

* Mukim / Pekan/ Bandar

* Daerah

* Negeri

* Salinan hakmilik

* Carian rasmi terkini

* Pelan lokasi /pelan tapak

 

Jika permohonan dari syarikat, kemukakan:

 

* Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat

* Salinan artikal MAA

* Salinan Borang 24 dan 29

* Salinan R.O.B

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada JKPTG di alamat berikut:

 

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (Persekutuan)

Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Aras 2, Blok Menara

Lot 4G3, Presint 4

Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan

62574 PUTRAJAYA.

No. Tel.: 03-8871 2609

No. Faksimili: 03-8889 3855

 

Bersama-sama kita mengoptimumkan penggunaan tanah demi kemajuan aktiviti sukan dan pembangunan belia!

 

30 Mei 2025, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri Mesyuarat Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Bil. 1/2025 di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). 

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengambilan, isu-isu kebajikan dan penilaian kompetensi pelatih. 

KBS terus komited terhadap pelaksanaan PLKN selari dengan pendekatan merentas Kementerian/Agensi. 

Pelaksanaan PLKN 3,0 adalah satu usaha yang selari dengan aspirasi Model Pembangunan Belia MADANI 2030.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

30 Mei 2025, Putrajaya- Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Mad Shah.

YBhg. Dato' Ts. Dr. KSU telah menzahirkan ucapan terima kasih KBS kepada Kerajaan Negeri Johor atas bantuan dan sokongan dalam menjayakan Program MADANI Rakyat dan sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung di Toppen Mall, Johor Bharu baru-baru ini. 

Susulan itu, KBS dan YB telah membincangkan pembangunan dan pengurusan fasiliti sukan negeri Johor serta potensi kerjasama. 

KBS berharap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat diteruskan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan negara melalui pendekatan whole-of-government.

Turut hadir, Yang Berhormat Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS; YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negara; Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS; Ts. Ekmaludin bin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor; dan Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

30 Mei 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Perhimpunan Bulanan KBS - Mei 2025.

Dalam amanat YB Timbalan Menteri, beliau menegaskan suara anak muda perlu diberi pertimbangan dalam hala tuju pembangunan negara. KBS beriltizam untuk memastikan pandangan dan idea golongan belia di Malaysia diberi perhatian sewajarnya dengan polisi-polisi yang telah terapkan dan garap.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) bagi bulan Oktober, November dan Disember 2024. 

Tahniah kepada semua penerima. Semoga menjadi contoh kepada warga KBS untutk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

28 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Maybank Challenge Cup - Malaysia 2025 - Manchester United menentang ASEAN All-Stars.

Perlawanan yang turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menyaksikan ASEAN All-Stars berjaya menumpaskan Manchester United 0-1.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.