20 Mei 2025, Sungai Besi - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Lawatan ini merupakan cerminan komitmen KBS terhadap kesejahteraan belia seterusnya melaksanakan inisiatif intervensi bagi menangani penyalahgunaan dadah/ bahan terlarang.

Antara objektif utama lawatan ini adalah meninjau dan mendapatkan pengetahuan berkenaan pengoperasian PUSPEN Sungai Besi yang dikhususkan kepada klien yang ingin mendapatkan rawatan secara sukarela.

Di samping itu, lawatan ini juga untuk mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama di antara KBS termasuklah agensi di bawahnya dan AADK menerusi penganjuran program dan kempen advokasi termasuklah di bawah inisiatif Rakan Muda.

Lawatan ini juga mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI di dalam memastikan kesejahteraan belia diberikan keutamaan dan perhatian seiring dengan nilai-nilai MADANI iaitu kesejahteraan, keyakinan dan ihsan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

18 Mei 2025, Kuala Lumpur - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,Timbalan Perdana Menteri merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Lanai @ Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Belia Negara yang diraikan setiap tahun merupakan manifestasi penghargaan kepada sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara. 

Konsep yang diketengahkan dalam sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini adalah Himpunan Belia Negara yang berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Ikon Belia Wilayah Persekutuan dan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kepada belia yang aktif menyumbang bakti dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan pembangunan negara.

Dengan tema tahun ini ‘Yakin Boleh’, Hari Belia Negara 2025 membawa mesej optimisme dan semangat untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI

16 Mei 2025, Putrajaya - Telah berlangsung sesi Santai KBS oleh Puan Nur Hazwani Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN dengan tajuk ‘Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)’.

Santai KBS anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), KBS ini memberi peluang kepada warga KBS untuk membuat perkongsian ilmu agar dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan KBS.

Dalam sesi perkongsian kali ini, Puan Hazwani berkongsi pelaksanaan dan prosedur pemilihan calon bagi APBN yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Dalam perkongsian beliau, APBN merupakan platform pengiktirafan kepada sumbangan belia dan persatuan belia dalam pembangunan negara.
 
Belia Malaysia, Yakin Boleh!

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

15 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Konvensyen Belia Kebangsaan 2025 (KBK2025).Konvensyen bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 ini merupakan medan strategik yang menghimpunkan lebih 300 orang belia dari seluruh negara bagi membincangkan peluang, cabaran dan kesiapsiagaan belia dalam mendepani era kecerdasan buatan (AI) yang kian berkembang pesat.

Program ini adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama KBS. Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.


Belia Malaysia, Yakin Boleh!


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.