PROGRAM KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SEMPENA KEPENGERUSIAN ASEAN-MALAYSIA 2025


Dengarkan temu bual radio dengan topik ‘Program KBS Sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025’ bersama En. Ahmad Faedzal Md Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS pada:


7 Mei 2025 (Rabu)
5.30 Petang
Bernama Radio


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI

5 Mei 2025, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima watikah pelantikan sebagai ahli Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) hari ini. 

MLKN yang dianggotai 10 orang ahli bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Pertahanan tentang segala perkara yang berhubungan dengan latihan khidmat negara.

Perlantikan YBhg. Dato' Ts. Dr. KSU telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim adalah untuk tempoh 3 tahun, selari dengan peruntukan Seksyen 7, Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan belia, KBS bersedia menyumbang kepada penghasilkan program latihan khidmat negara yang holistik selari dengan teras Malaysia MADANI.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

28 April 2025, Dengkil, Selangor - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor.

Susulan daripada peluncuran inisiatif Belia Bebas Dadah pada 21 April 2025, lawatan ini diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai pemegang taruh bagi menangani isu penyalahgunaan dadah/bahan terlarang.

Selain itu, lawatan kerja ini juga bertujuan meninjau dan mendapatkan pengetahuan berkenaan pengoperasian PUSPEN termasuklah pengurusan dan rawatan melibatkan klien disamping meneroka ruang dan peluang kerjasama yang boleh diwujudkan.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan belia diberikan keutamaan dan perhatian seiring dengan nilai-nilai MADANI iaitu kesejahteraan, keyakinan dan ihsan serta aspirasi yang terkandung di dalam Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

27 April 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Rakan Muda 2025 (Kelab Rakan Muda & Sekretariat Rakan Muda).

Berlangsung pada 26-27 April 2025, konvensyen ini menjadi wacana perkongsian idea, pendapat, cadangan serta aspirasi antara peserta terlibat dan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke arah pemerkasaan inisiatif Rakan Muda.

Konvensyen ini juga merupakan medan penting bagi pemerkasaan 87 Kelab Rakan Muda di peringkat komuniti dan 104 SRM IPT yang kini berperanan sebagai penggerak program-program di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda di peringkat akar umbi.

Hari terakhir konvensyen turut dilangsungkan forum bertajuk 'Menyemarakkan Semangat Volunteerisme' dan taklimat berkaitan Dana Rakan Muda

Jumpa lagi dalam penganjuran yang akan datang! 

Rakan Muda, Yakin Boleh!

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

24 April 2025, Kelantan - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan pemantauan di tapak pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau, Kelantan.

Kompleks yang mempunyai 6 komponen iaitu stadium utama, arena tertutup, stadium hoki, lapang sasar menembak serta kompleks skuasy dan lawn tertutup dijangka siap pada tahun 2027. 

Setelah siap, kompleks ini bakal menjadi venue utama bagi Sukan Malaysia (SUKMA) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2028. 

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2) YBrs. Sr Siti Baizura binti Mohamad Noor dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, En. Wan Zulfadhli Syahman Bin Wan Yusoff serta pegawai dari JKR Malaysia, KBS dan Kerajaan Negeri.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.