23 Mei 2026, Kuala Lumpur - Tahniah dan syabas kepada pasukan sepak takraw Malaysia atas kejayaan membanggakan muncul juara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026.

Sorakan padu penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur memeriahkan lagi suasana final yang cukup mendebarkan, disaksikan sendiri oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang hadir memberikan sokongan penuh kepada skuad kebangsaan.

Malaysia mencipta detik gemilang apabila berjaya menundukkan musuh tradisi, Thailand, dengan keputusan 2-1 dalam aksi final penuh dramatik sekali gus mengesahkan kejuaraan milik negara.

Hadir sama YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

19 Mei 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, telah menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, pasangan beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Bagi kategori Paralimpik, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin (para berbasikal) diumumkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, manakala Lim Carmen (para renang) dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Anugerah Sukan Negara yang diperkenalkan sejak tahun 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai pencapaian cemerlang atlet, jurulatih, pegawai dan organisasi sukan yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Turut hadir YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

Senarai pemenang ASN 2025:
• Olahragawan Kebangsaan: Chen Tang Jie (Badminton)
• Olahragawati Kebangsaan: Toh Ee Wei (Badminton)
• Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin (Para Berbasikal)
• Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Lim Carmen (Para Renang)
• Pasukan Lelaki Kebangsaan: Sepak Takraw
• Pasukan Wanita Kebangsaan: Wushu (Duilian) – Tan Cheong Min, Pang Pui Yee, Lee Jia Rong
• Jurulatih Lelaki Kebangsaan: Ahmad Jais Baharun (Sepak Takraw)
• Jurulatih Wanita Kebangsaan: Nor Hamizah Abu Hassan (Pencak Silat)
• Anugerah Khas: Allahyarham Datuk Hishamuddin Aun, Kelab Renang Ikan Bilis, PETRONAS
• Anugerah Kepimpinan Sukan: Datuk Mohd Sumali Reduan (Sepak Takraw)


#TeamKBS #AnugerahSukanNegara2025 #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

15 Mei 2026, Sendayan, Negeri Sembilan - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, sebagai tanda komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kerjasama strategik rentas kementerian, jabatan dan agensi demi memperkasa golongan belia sebagai pemacu utama pembangunan negara.

Bertemakan “Menggerak Belia MADANI”, sambutan HBN 2026 membawa mesej bahawa belia Malaysia bukan sahaja pewaris masa depan, malah peneraju perubahan masa kini.
Dalam majlis yang sama, Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 (PBM 2035) serta inisiatif Rakan Muda MADANI turut dilancarkan sebagai langkah memperkukuh agenda pembangunan belia negara secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Hadir sama, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

12 Mei 2026, Putrajaya - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Persidangan Meja Bulat: Menoktahkan Kemiskinan, Mencipta Peluang Masa Depan Belia di Menara KBS, Putrajaya.

Persidangan anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama PNB Research Institute (PNBRI) ini menjadi platform bagi memperkukuh pelaksanaan intervensi berasaskan data melalui penyelidikan, analisis dan cadangan dasar yang lebih berimpak.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keprihatinan dan pembangunan masyarakat yang inklusif.

Pada masa sama, KBS turut menyediakan pelbagai bantuan dan program seperti Geran SejaTi MADANI X Belia, Dana Rakan Muda, Program Keusahawanan Sosial Belia dan pelbagai lagi inisiatif bagi memperkukuh ekosistem pembangunan belia Malaysia.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

11 Mei 2026, Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol merasmikan Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Kem 3 hari bermula 11 hingga 13 Mei 2026 ini melibatkan 190 atlet Program Podium, Pelapis dan Berfasa daripada 18 jenis sukan.

Kem Fasa 1 ini memberi penekanan kepada ketahanan mental, disiplin, semangat berpasukan, integriti dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan atlet para negara melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Akademi Kenegaraan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.