27 Mac 2025, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah hadir bagi melawat projek-projek pembangunan fasilti sukan di Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur ini mempunyai fasiliti sukan seperti Pusat Tenis , Stadium Hoki dan Pusat Skuasy yang ditadbir urus di bawah Perbadanan Stadium Malaysia.
Dalam lawatan ini, YBhg. Dato' KSU telah memantau status semasa fasiliti sukan yang melibatkan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih.


Turut hadir pada sesi lawatan ini, Puan Normie Baizura binti Amiruddin, Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan, En. Mohamad Sapuan bin Mat, Ketua Pegawai

 Kejuruteraan, Perbadanan Stadium Malaysia, wakil Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan dan pegawai -pegawai dari Perbadanan Stadium Malaysia.


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

27 Mac 2025, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh merasmikan TASKA Team MAS bertempat di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.


Inisiatif ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh sokongan kebajikan kepada atlet, jurulatih dan warga agensi sukan di KL Sports City.


TASKA Team MAS bukan sekadar sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, tetapi satu simbol komitmen KBS dalam membantu golongan atlet dan kakitangan sukan menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan tanggungjawab keluarga.


TASKA Team MAS kini menempatkan 25 kanak-kanak dan mempunyai kapasiti maksimum sehingga 70 orang. Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, pusat ini menawarkan penjagaan kepada kanak-kanak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun.
Di bawah pengurusan ISN, TASKA ini dikendalikan oleh lapan orang staf terlatih dan mengadaptasi modul pembelajaran holistik yang merangkumi pembangunan sahsiah, sosioemosi, fizikal, kreativiti, serta literasi awal.


Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

26 Mac 2025, Putrajaya - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) melaksanakan program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2024/2025 yang melibatkan seramai 119 orang Kadet DPA. 

Salah satu submodul Strategic Partnership Programme (SPP), dua (2) orang Kadet DPA telah ditempatkan di Kementerian ini bagi menjalani latihan praktikal selama lima (5) minggu yang bermula pada 24 Februari 2025 sehingga 28 Mac 2025. 

Antara tugasan peserta kadet DPA adalah perlu menyediakan satu Laporan Eksekutif berbentuk kajian bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di Kementerian yang mana ia telah dibentangkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU, TKSU(S) dan TKSU(P) bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan.

Encik Mohamad Haqimi bin Mohd Azhar telah membentangkan Kajian Mengenai Pengurusan Perubahan Dalam Cadangan Penstrukturan Semula Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) manakala  Encik Ahmad Aziff Ashraf bin Nor Azam telah membentangkan Kajian Terhadap Keberkesanan Pengurusan Projek Pembangunan Di Malaysia: Kajian Kes Projek Naik Taraf KOMBES Kampung Pandan.

Tahniah dan syabas di atas pembentangan. Selamat maju jaya!

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

25 Mac 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS - Mac 2025.

Dalam amanatnya YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU mahu warga KBS untuk terus melaksanakan dan memperkasa reformasi perkhidmatan awam di samping meroformasikan diri sendiri juga.

Beliau juga mengingatkan agar kakitangan KBS untuk lebih tangkas dalam melaksanakan tugas dan penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh khasnya kepada belia dan penggiat sukan.

Selain itu, beliau juga mahu sukan dijadikan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan negara seiring dengan gagasan Malaysia MADANI.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil  Penghargaan Pembayaran Bil Sempurna Bagi Tahun 2024.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

22 Mac 2025, Ampang, Selangor -  Lebih 80 orang anak-anak terdiri dari golongan yatim/ asnaf Kompleks Darul Kifayah dan belia PPR Cempaka telah diraikan dalam program Jelajah Rakan Muda: Ihya' Ramadan Rakan Muda @ Zoo Negara.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini turut mendapat kerjasama hebat dan tajaan dari pihak Decathlon Malaysia dan Zoo Negara.Pelbagai aktiviti disediakan buat mereka termasuklah sesi di Decathlon Kuala Lumpur City Centre (KLCC), sesi jalan santai dan pertunjukan haiwan @ Zoo Negara serta Decathlon Playzone.

Hadir memeriahkan program, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pn. Jiao Li, Ketua Pegawai Eksekutif, Decathlon Malaysia.

Jelajah tersebut dinoktahkan dengan majlis berbuka puasa dan serahan barang sumbangan yang disempurnakan oleh YBrs. En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN dan YBhg. Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia.


Yakin Boleh, Rakan Muda! 


#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

Please publish modules in offcanvas position.