8 Mac 2025, Pulau Pinang - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan meluncurkan Program Santuni MADANI Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kampung Baru, Penaga, Pulau Pinang.

Program Santuni MADANI merupakan program yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri dengan objektif mengenal pasti masalah sosio-ekonomi penduduk
kampung dan seterusnya membantu dalam meningkatkan potensi dan keupayaan komuniti kampung secara berterusan.

KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup penduduk
ini sejak tahun 2024. 

Antaranya termasuk program gotong-royong Santuni MADANI, pemasangan lampu solar, pembaikan pendawaian elektrik dan kursus kemahiran asas untuk pengusaha kecil.

Majlis peluncuran turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama penduduk kampung, lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) edaran bubur lambuk dan majlis berbuka puasa.

YB Timbalan Menteri juga turut meluangkan masa berkonvoi dengan motorsikal untuk edaran juadah bersahur di sekitar Kampung Baru Penaga, Pulau Pinang.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

7 Mac 2025, Putrajaya - YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS hadir merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat KBS 2025.

Bertemakan "Wanita Beraspirasi Membina Legasi", Sambutan Hari Wanita peringkat KBS ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada kaum wanita khasnya dalam bidang sukan dan juga golongan belia wanita.

Sambutan ini juga diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Wanita yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya program sukan pilates, ceramah motivasi, pameran dan jualan produk. 

Turut hadir, YBhg. Pn. Vanitha a/p Rukmagundan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja

5 Mac 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan 'Ignition Ceremony' MyCorps Misi 9 @ Borneo 2.0.

Secara rasminya telah berakhir MyCorps Misi 9 @ Borneo 2.0 yang bermula sejak 24 Januari 2025 di empat lokasi sekitar Sabah dan Sarawak yang disertai seramai 20 orang sukarelawan MyCorps.

Empat lokasi tersebut adalah Eastwood Valley, Miri ; Kampung Chawan, Kuching ; Kampung Lok Urai, Pulau Gaya ; Kampung Air Hujung & Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan misi kali ini

Semestinya, MyCorps bakal kembali dengan 'Misi X' dan siri-siri yang seterusnya. Tahniah buat semua peserta!

Turut hadir meraikan para peserta, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

3 Mac 2025, Putrajaya - YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan hormat yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ini diadakan bagi berkongsi agenda terkini hala tuju bola sepak negara terutama bagi memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi.

Selain itu sesi ini juga turut memaklumkan perkembangan terkini persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

27 Februari 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelancaran dan pengumuman laluan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025.

Mengekalkan tema ‘beat the heat’ PETRONAS ⁠LTdL membanitkna dengan jumlah jarak keseluruhan 1,257.8 kilometer meliputi kesemua 12 negeri di Semenanjung.

Edisi ke-29 perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober 2025 akan bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.