20 Februari 2025, Subang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Perasmian Program Pembangunan Sukan Olimpik.

Bengkel penyelarasan yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari ini merupakan inisiatif MSN bagi membincangkan perkara berkaitan kriteria atlet, struktur pertandingan, program binaan, KPI dan  penanda aras bersama-sama beberapa pemegang taruh utama yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan. 

Lapan sukan yang terlibat ialah Akuatik (Renang dan Terjun), Olahraga, Skuasy, Berbasikal, Badminton, Taekwondo, dan Memanah.

Sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan program pembangunan ini.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

15 Februari 2025, Sepang - Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama GPMS Kebangsaan telah menjayakan Perhimpunan Pemimpin Muda GPMS bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor 

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk bersama-sama memberi perkongsian serba sedikit mengenai Modul Pengurusan Organisasi dan MYKD kepada para peserta yang hadir. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Penolong Pendaftar dari Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan  

Seramai 45 orang belia yang merupakan barisan pemegang jawatankuasa daripada pelbagai GPMS Negeri dan Cawangan Khas Universiti telah mengikuti Perhimpunan ini  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia dan GPMS Kebangsaan juga para peserta yang memberi komitmen jitu dalam menjayakan Perhimpunan ini. Semoga belajar dan terus belajar hingga berjaya menjadi pemimpin hebat di masa depan  

15 Februari 2025, Bukit Bintang - JCI Kuala Lumpur telah menganjurkan ROY MYKD WORKSHOP bertempat di Webist Pro Sdn Bhd, Menara The Stride, Bukit Bintang. Program ini diadakan khusus untuk pemegang jawatan utama Junior Chamber International (JCI) di Zon Tengah, bertujuan meningkatkan pemahaman mereka mengenai kewajipan pelaporan pertubuhan belia.

Sebagai penceramah jemputan, En. Muhammad Mohsien bin Jamaluddin telah berkongsi maklumat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Program Penarafan Bintang (Star Rating) serta menjawab pelbagai pertanyaan dan memberikan pencerahan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan belia.

Seramai 32 orang peserta, terdiri daripada Presiden, Setiausaha, dan Bendahari pertubuhan JCI, telah hadir dan menyertai sesi ini dengan penuh manfaat.

 

19 Februari 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyampaikan surat pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan kepada YBrs. Puan Chan Hong Jin.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas Puan Chan Hong Jin. Semoga terus cemerlang dalam menerajui KBS serta membawa kecemerlangan kepada pembangunan belia dan sukan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

18 Februari 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS - Februari 2025.

Dalam perhimpunan tersebut, YB Timbalan Menteri mahu warga KBS untuk terus memberikan tumpuan komprehensif dan holistik terhadap agenda kerajaan dan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada KBS atas kejayaan memperoleh Sijil Penghargaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan KBS dalam melaksanakan dua Program RKB pada tahun 2024, yang merangkumi projek Pengurangan Beban Peraturan Tidak Wajar Pelesenan dan Penganjuran Acara Sukan (Pesuruhjaya Sukan Malaysia) dan Mempercepat Kelulusan Pemberian Bantuan NGO daripada 45 Hari kepada 16 Hari (Jabatan Belia dan Sukan Negara).

YB Timbalan Menteri mahu kejayaan ini diteruskan bagi tahun 2025 dengan mempertingkatkan lagi kecekapan pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan agar dapat memberi manfaat kepada pembangunan belia dan sukan.

Majlis turut mengumumkan kejayaan IKTBN Sepang yang telah terpilih sebagai Rakan Pelaksana Untuk Projek Sustainable Tourisme Productivity Nexus dan SWCorp.

Semoga kejayaan-kejayaan ini menjadikan KBS terus unggul dalam melestari penyampaian perkhidmatan di persada negara.

Hadir sama YBhg. Dato'Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.