6 Februari 2025, Putrajaya - Jom jumpa KBS di Hari Terbuka Putrajaya 2025!

Ayuh hadir ke Hari Terbuka Putrajaya 2025 dan temui kami Team KBS di reruai Kementerian Belia dan Sukan dan TVET dengan pelbagai perkhidmatan tersedia buat anda bermula pada 6 hingga 9 Februari 2025.

Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti konsultasi program belia dan sukan, konsultasi Dana Sukan KBS, pendaftaran Rakan Muda dan banyak lagi.

Hari ini telah menyaksikan tirai pembukaan hari pertama  sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 yang dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). 

Majlis turut diserikan dgn kehadiran YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI

26 Januari 2025, Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Utara telah menyertai Hari Bertemu Pelanggan bersempena Karnival Belia Pulau Pinang 2025, anjuran Penang Youth Development Corporation (PYDC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSN Pulau Pinang) serta Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Reruai ROY mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia sekitar Simpang Ampat dan Seberang Perai Selatan. Ramai yang hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan serta fungsi ROY, selain menunjukkan minat dalam penubuhan pertubuhan belia. Beberapa pertubuhan belia turut memanfaatkan peluang ini untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), manakala pertubuhan Junior Chamber International (JCI) telah menyempurnakan proses pindaan perlembagaan mereka mengikut peruntukan akta A1602.

Hari Bertemu Pelanggan ini lebih bermakna dengan kehadiran YB Dr. Daniel, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang turut meluangkan masa mengunjungi reruai ROY dan berinteraksi dengan para belia serta wakil pertubuhan yang hadir.

Penyertaan ROY dalam acara ini selari dengan komitmen berterusan dalam memperkasakan pertubuhan belia serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019).

 

5 Februari 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), YBhg. Dato’ Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Sesi kunjungan hormat ini membincangkan cadangan kolaborasi strategik antara kedua-dua kementerian dalam aspek pembangunan belia dan sukan yang lebih menyeluruh. 

Fokus kolaborasi yang dicadangkan oleh pihak KPN ialah Sukan untuk Perpaduan dan Belia Tunjang Perpaduan.

Selain itu, antara cadangan kolaborasi yang dibincangkan juga adalah pelaksanaan sukan perpaduan peringkat komuniti, program kesukarelawan, penggunaan fasiliti KBS bagi pelaksanaan program, koleksi arkib atlet-atlet negara dan lain-lain yang berpotensi.

Sesi ini turut dihadiri oleh wakil daripada jabatan/agensi KPN dan KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

1 Februari 2025, India -  YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyusul tindakan Memorandum Persefahaman (MoU) yang termeterai berkaitan Belia dan Sukan bersama Kerajaan India semasa lawatan kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke India pada bulan Ogos tahun lepas.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) dan program dua hari di New Delhi ini telah melibatkan enam mesyuarat berlainan melibatkan pertemuan dengan pihak Kerajaan India, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan India.

JCM telah diadakan dengan Kerajaan India yang diketuai oleh Setiausaha Belia, Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan India, Pn. Meeta Rajivlochan. JCM telah membincangkan dan memuktamadkan beberapa cadangan pelaksanaan program pembangunan belia dua hala yang melibatkan:

-       Program Pertukaran Belia Malaysia - India pada tahun 2025;

-       Program keusahawanan belia;

-       Kesihatan mental & kesejahteraan belia;

-       Kesukarelawanan serta kepimpinan; dan

-       TVET

Delegasi Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat bersama National Anti-Doping Agencies (NADA), India yang diketuai oleh Shri Anant Kumar, Ketua Pengarah NADA. Selain itu, delegasi Malaysia turut bertemu dan mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan yang juga akan turut terlibat dalam pelaksanaan program belia dua hala. Perbincangan telah diadakan dengan YUSVATTA, Participatory Research in Asia (PRIA) dan Confederation of Young Leaders of India. Salah satu program yang akan diadakan di Malaysia bersama YUSVATTA adalah pada bulan Jun 2025 berkaitan Youth and Sustainable Development Goals.

KSU KBS dan delegasi juga telah membuat, kunjungan hormat keatas YBhg. Dato’ Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India.  Delegasi Malaysia turut disertai oleh Encik Jadzreill Jaafar, Eksekutif Program, Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Encik Ariff Azwan bin Alis @ Alias, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.

27 Januari 2025, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Sesi Penyerahan Projek Naiktaraf Kemudahan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Gelanggang Bola Keranjang di Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur.

Projek ini juga merupakan salah satu inisiatif KBS bagi memastikan fasiliti sukan dapat memenuhi keperluan semasa dan menjadi daya tarikan penglibatan lebih ramai orang dalam aktiviti fizikal.

Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat komuniti dan penduduk setempat.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Please publish modules in offcanvas position.