16 Januari 2025, Banting, Selangor - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
16 Januari 2025, Banting, Selangor - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
15 Januari 2025, Putrajaya - Tahniah kepada 16 orang penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dipilih bagi penilaian bulan Julai, Ogos dan September 2024.
Penyampaian sijil kepada penerima telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KBS Bil. 1/ 2025 yang diadakan di Menara KBS hari ini.
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada individu-individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja khususnya dan dalam usaha meningkatkan imej Kementerian secara amnya.
Turut hadir meraikan, YBrs. Puan Ramona Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS serta pengurusan tertinggi KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
6 Januari 2025, Putrajaya - Presiden Kebangsaan JCI Malaysia, Encik Tan Wei Jian, bersama kepimpinan baharu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi memperkukuh hubungan strategik dan membincangkan agenda pembangunan belia.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Tan Wei Jian memperkenalkan barisan kepimpinan baharu JCI Malaysia serta berkongsi aspirasi untuk memajukan peranan belia dalam pembangunan komuniti dan ekonomi.
ROY menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan komitmen untuk menyokong inisiatif JCI Malaysia, termasuk pelaksanaan Pelan Transisi Belia yang bertujuan memastikan penyelarasan aktiviti dan struktur pertubuhan belia mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019).
Perbincangan turut melibatkan peluang kerjasama dalam program pembangunan kepimpinan belia, penyesuaian perlembagaan pertubuhan belia, dan penyelarasan aktiviti dengan dasar belia negara.
Pertemuan ini mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak ke arah melahirkan belia yang berdaya saing dan inovatif.
9 Januari 2024, Putrajaya - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia merakamkan ucapan tahniah kepada Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) atas kejayaan cemerlang menerima Sijil Penarafan 5 Bintang bagi tahun 2023. Penyampaian sijil tersebut turut disertai dengan perkongsian nasihat dan panduan hala tuju oleh Dr. Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar ROY.
Sistem Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, yang diperkenalkan oleh ROY, bertujuan mengukur tahap keaktifan pertubuhan belia di Malaysia berdasarkan aspek pengurusan organisasi, kepimpinan belia, dan pelaksanaan aktiviti berimpak positif kepada masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada YMM untuk terus unggul dan memacu perubahan positif dalam pembangunan belia negara.
10 Januari 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-73 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.