19 Disember 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Perhimpunan Bulanan KBS - Disember 2024.

Dalam perhimpunan ini, YBhg. Ts. Dr. KSU mahu menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja agar dapat meningkatkan produktiviti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan pemegang taruh kementerian. 

YBhg. Ts. Dr. KSU juga mahu warga KBS menghayati nilai M.A.L.A.Y.S.I.A yang diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Shamzul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Selain itu, beliau juga turut mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS yang digerakkan oleh JBSN bagi membantu mangsa banjir di negeri yang terkesan.

Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada warga KBS yang telah mengharumkan nama kementerian dalam beberapa acara sukan yang berlangsung pada tahun ini.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

17 Disember 2024, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hadir merasmikan Konvensyen Kebangsaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Belia Malaysia 2024.

Konvensyen yang dianjurkan oleh KBS melalui IYC dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ini berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2024 bertujuan untuk berkongsi hasil tindakan belia dalam SDG.

Selain itu, forum ini turut membentangkan resolusi belia mengenai SDG dan memperkasakan belia Malaysia sebagai agen perubahan.

Acara utama yang berlangsung dalam konvensyen ini ialah "Unboxing Global Pact for the Future : Declaration on Future Generations", forum yang memfokuskan kepada memperkasakan pemimpin muda untuk mengambil peranan dalam pembangunan global dan membentuk masa depan belia.

Barisan panel terdiri daripada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Edward Virkc, Wakil Residen UNDP di Malaysia serta Encik Ahmad Irshad bin Ahmad Razib dari Kementerian Luar Negeri. 

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

16 Disember 2024, Rompin, Pahang - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Kompleks Rakan Muda Rompin bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Rompin.

Projek naik taraf ini melibatkan dua komponen utama. Komponen pertama merupakan Projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Rompin dan kedua Pembinaan Benteng Pemecah Ombak.

KRM yang telah dinaik taraf kini bukan sahaja menawarkan kemudahan yang lebih moden dan serba lengkap, tetapi ia juga menyediakan ruang yang luas untuk golongan belia di daerah Rompin terutamanya untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 

Adalah diharapkan KRM Rompin ini akan terus berkembang sebagai pusat utama bagi pembangunan belia dan sukan di daerah Rompin dan negeri Pahang.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

12 Disember 2024, Subang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024.

Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024 yang berlangsung pada 11 hingga 12 Disember adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap persekitaran sukan yang bebas daripada sebarang bentuk penderaan atau gangguan. 

Kod Sukan Selamat yang diusahakan oleh KBS menekankan prinsip seperti keselamatan, hormat-menghormati, dan permainan adil untuk memastikan ketelusan dan perlindungan semua pihak dalam sukan.

Simposium ini juga memberi tumpuan kepada strategi menangani gangguan seksual dan salah laku dalam sukan, dengan pemantauan serta program sokongan yang menyeluruh.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

11 Disember 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Malam Anugerah MOM Ke-27.

Anugerah yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merupakan platform bagi menghargai pencapaian terbaik atlet negara yang bertanding dalam temasya pelbagai sukan di bawah kelolaan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Selain Anugerah Olimpian Tahunan, tumpuan juga berpusat ke arah Anugerah Wanita & Sukan MOM dan Induksi ke Dewan Kemasyhuran MOM. Turut diperkenalkan buat kali pertama, Anugerah Persatuan Sukan Terbaik bagi persatuan yang cemerlang.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.