28 November 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Belia dan Sukan serta Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Pulau Pinang. Beliau telah disambut oleh En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Barat Daya dan Timur Laut.

Lawatan Kerja ini antara lain merangkumi perbincangan urusan pentadbiran, perancangan program-program dan kemajuan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang. YBhg. Ts. Dr. turut berpeluang untuk memantau keadaan semasa Dewan Gim KOMBES yang mengalami kerosakan kecil. Beliau telah memohon agar tempoh waranti bagi flooring lantai diperhalusi supaya dapat dipulihkan seperti sedia kala untuk kegunaan pemegang taruh sukan di Pulau Pinang.

Lawatan Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk merakyatkan dan membudayakan sukan serta memperkasakan aktiviti belia dan sukan di seluruh negara.

Selain itu, JBSN P. Pinang baru-baru ini telah membuat reformasi dari segi kewujudan cawangan yang telah dirasionalisasikan dan dipusatkan di KOMBES dalam langkah pengurangan kos dan mengoptimakan penggunaan sumber dan penyampaian perkhidmatan. 
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

28 November 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengurus Besar, Penang Youth Development Corporation (PYDC)  yang baharu, Encik Lum Chia How.

Antara perkara yang dibincangkan bersama adalah potensi kerjasama dalam program pemerkasaan belia di Pulau Pinang. Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk menggunakan pendekatan "whole of government" dalam membangunkan belia negara secara holistik.

YBhg. Ts. Dr. KSU KBS turut berkongsikan jenis geran KBS yang boleh dimohon, perancangan program Rakan Muda serta ketersediaan KBS bekerjasama dengan PYDC pada tahun 2025.

Turut hadir En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Cik Ong Ching Shi, Pegawai Perhubungan Kanan, PYDC.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

26 November 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS meyempurnakan pelepasan pasukan KBS ke Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) Tahun 2024.

Kejohanan yang berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember 2024 di Kangar, Perlis ini melibatkan seramai 26 orang pemain KBS bagi acara Bola Sepak dan Bola Jaring.
 
Selamat berjuang Team KBS.
 

26 November 2024,Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyampaikan surat pelantikan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia kepada YBrs. Puan Dalila Sharingat.

Mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah berkhidmat di pelbagai jabatan penting seperti Institut Teknikal Jepun Malaysia, CIAST, Jabatan Tenaga Manusia dan IKTBN Dusun Tua, pelantikan beliau selaku Pengarah Kemahiran, BPKB berkuat kuasa pada 25 November 2024.
 
Tahniah dan selamat menjalankan tugas Puan Dalila! Semoga terus cemerlang dalam menerajui BPKB serta membawa kecemerlangan kepada pembangunan kemahiran TVET Malaysia!
 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan sebagai calon Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) di Institut Sukan Negara (ISN).

Permohonan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan tersebut.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke KBS selewat-lewatnya pada 20 Disember 2024. 

Sila imbas kod QR untuk muat turun borang atau klik pautan yang disediakan https://shorturl.at/z6j7A

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.