27 April 2026, Sarawak - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya dalam pembangunan belia dan pemerkasaan ekosistem sukan.

KBS berharap sinergi yang terjalin ini dapat terus diperkasa demi melahirkan generasi belia yang berdaya saing serta memacu kecemerlangan sukan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

23 April 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, telah menyempurnakan sesi menandatangani Penyata Kewangan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 (Pra Peralihan) pada 23 April 2026.

Turut hadir, Ketua Akauntan KBS, Puan Siti Aishah binti Abdul Kadir bersama pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Akaun KBS yang terlibat secara langsung dalam proses penyediaan penyata kewangan tersebut.

Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkukuh tadbir urus kewangan awam yang berintegriti dan berakauntabiliti, di samping memastikan ketelusan serta pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan yang berkuat kuasa dalam pengurusan kewangan dan perakaunan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dalam memastikan Penyata Kewangan KBS Tahun 2025 berjaya disediakan dengan lancar serta menepati tempoh yang ditetapkan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersepadu dalam memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan KBS sentiasa berada pada tahap cemerlang.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

23 April 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Helmy Haja Mydin, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang baharu dilantik.

Kunjungan ini merupakan sesi pengenalan khususnya berkaitan peranan dan hala tuju Perbadanan Stadium Malaysia sebagai agensi di bawah KBS.

KBS komited untuk memastikan Perbadanan Stadium Malaysia terus berfungsi sebagai fasiliti bertaraf dunia dalam menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti kepada semua pihak.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

23 April 2026, Sepang, Selangor - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026.

KIBAR 2026 merupakan inisiatif baharu KBS dengan pendekatan lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi—memfokuskan usaha memperkasa belia akar umbi, khususnya yang tidak berpersatuan.

Tahun ini, KIBAR akan menjelajah ke 17 lokasi di seluruh negara—meliputi semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta Sabah dan Sarawak masing-masing dengan dua siri.

Pendekatan ini memastikan capaian yang lebih meluas termasuk ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

KIBAR 2026 mampu menjadi pemangkin kepada gerakan belia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya tahan.

Turut hadir, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

22 April 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hari ini melancarkan Bangunan Pusat Prestasi Tinggi Negara, Institut Sukan Negara (ISN) serta Dokumen Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MyTP) sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem sukan berprestasi tinggi negara.

Bangunan baharu ini berperanan sebagai hab sains sukan berteknologi tinggi, dilengkapi kemudahan pemantauan data prestasi secara masa nyata bagi menyokong peningkatan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

Data yang diperoleh akan disepadukan dalam sistem pengurusan berpusat bagi membolehkan analisis dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Dokumen MyTP pula menjadi rujukan utama dalam pembangunan bakat sukan secara sistematik, bersepadu dan berasaskan sains, merangkumi keseluruhan rantaian pembangunan atlet daripada peringkat awal hingga ke tahap elit.

Turut hadir YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.