23 November 2024, Kuala Lumpur - Bersempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI, KBS menerusi JBSN membawakan Tayangan Skrin Besar Rakan Muda filem animasi BoboiBoy Movie 2 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Merupakan pengisian di bawah Rakan Ekspresi: Wayang @ Skrin Besar, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan berkesempatan hadir dan meninjau perjalanan program serta beramah mesra bersama orang ramai.

Penganjuran acara Tayangan Skrin Besar ini dilaksanakan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia di samping dapat meluangkan masa bersama keluarga dan komuniti setempat.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIdihatirakyatdisantuni  #2TM

Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Program & Majlis Peluncuran Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM) pada 24 November 2024 (Ahad) di MMU Cinema, Multimedia University, Cyberjaya. Program RD:KOM merupakan sebuah  program pendidikan demokrasi bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan komitmen belia untuk menjadi warganegara muda yang aktif (active citizenship).

Berteraskan Gaya Hidup Rakan Demokrasi, program ini turut bermatlamat untuk memperluas kesedaran tentang cara penglibatan belia dalam proses demokrasi.

Sesi interaktif RD:KOM selama setengah hari akan membekalkan pelbagai input & informasi bermanfaat terutamanya berkaitan demokrasi, harga sekeping undi & kuasa yang terdapat pada belia!

Majlis Peluncuran yang akan diadakan ini adalah sebagai simbolik pelaksanaan 100 program RD:KOM di seluruh Negara oleh Rakan Pelaksana kelak.

Oleh itu, belia berumur 13- 30 adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Pra-Pendaftaran seperti pautan adalah seperti berikut: https://forms.gle/MS34e67S8Jr5a65fA

Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Jumpa anda di MMU Cyberjaya yaaa!!!! 
 
Sekretariat Rakan Muda
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara

21 November 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan KBS Masters Games 2024.

Buat julung kalinya, temasya ini dianjurkan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan golongan dewasa dan warga emas.

12 jenis sukan dipertandingkan dengan 1,522 penyertaan, melibatkan atlet prestasi tinggi dan penggiat sukan komuniti. Karnival ini akan berlangsung di 13 lokasi sekitar Bukit Jalil, Putrajaya, dan Kuala Lumpur.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Sama-sama kita nantikan aksi luar biasa sepanjang karnival ini!

#TeamKBS #KBSMastersGames2024 
#KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

17 November 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan penyampaian hadiah Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Membeli Belah Datum Jelatek.

Pertandingan Aerobic Dance telah bermula di peringkat negeri pada bulan Ogos 2024 dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) telah mendapat penyertaan seramai 1,983 orang.

Pertandingan ini turut memberikan perhatian khusus kepada golongan wanita, selaras dengan hasrat Kementerian untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam sukan.

Diharapkan usaha ini akan memperkukuh hasrat KBS untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.