9 November 2024, Kuching, Sarawak - Pejabat FELCRA Berhad telah menganjurkan Program Pemantapan Penstrukturan Organisasi Majlis Belia dan Persatuan Belia FELCRA Wilayah Sarawak di Pejabat Pengarah FELCRA Negeri Sarawak.

Program ini bertujuan memperkasa belia dengan pengetahuan mendalam dalam pengurusan dan pembangunan organisasi, terutama dalam strategi dokumentasi dan pentadbiran.

Seramai 20 belia hadir, dengan program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Institusi Peserta FELCRA Berhad, Tuan Haji Zainul Anzaid Bin Haji Seman. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak, diwakili oleh Pn. Normala Binti Razali, turut memberi taklimat berkenaan Pendaftaran Pertubuhan Belia dan MYKD.

Diharapkan Majlis Belia FELCRA terus aktif melaksanakan program untuk kemajuan belia.

 

12 November 2024, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan November 2024.

Dalam amanatnya, YB Timbalan Menteri menyampaikan penghargaan beliau kepada warga KBS atas komitmen dalam menjayakan program kementerian sepanjang tahun 2024.

Beliau juga mahu program KBS yang memberi manfaat kepada belia  seperti Rakan Muda dan Y-Capsule disebarluaskan lagi kepada khalayak agar lebih ramai dapat menikmati manfaatnya.

Selain itu, YB Timbalan juga mahu nilai Malaysia MADANI khususnya nilai Hormat diterapkan dalam diri untuk menguatkan lagi kerjasama dalam kalangan warga KBS.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di mana KBS telah mendapat markah 96.84%.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

10 November 2024, Damansara, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (MPE ARPRM) 2024.

Majlis gilang-gemilang ini merupakan platform penghargaan dan pengiktirafan buat peserta serta badan operasi ARPRM yang berjaya peroleh tahap Emas dan layak untuk ditauliahkan pada tahun ini.

Sebagai makluman, ARPRM merupakan sebuah program ikonik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setaraf dengan The Duke of Edinburgh's International Award.

Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

9  November 2024, WP Labuan - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Program Jom Gegar Labuan bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Dihadiri dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung, antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukan rakyat Kayuhan Ria, Larian Ria, Langkahan Ria dan banyak lagi.

Turut ditawarkan adalah perkhidmatan daripada Kementerian Pengangkutan antaranya pertukaran topi keledar, pendaftaran aplikasi MyJPJ, sukan & rekreasi, karnival kerjaya, Hari Bertemu Pelanggan, kaunter pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

26 Oktober 2024, Pulau Pinang - Sempena Program Penang E-Sports Festival 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang, ROY Zon Utara mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bersama pertubuhan belia di seluruh Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Reeza Merican Naina Merican, Adun Bertam merangkap Pengerusi MATRADE.

Pelbagai perkhidmatan diberikan kepada belia dan pertubuhan belia yang hadir termasuklah pendaftaran pertubuhan belia, semakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), pindaan perlembagaan berdasarkan pindaan Akta 668 (A1602), permohonan carian maklumat serta khidmat nasihat berkenaan urus tadbir pertubuhan belia.

Ini merupakan permulaan kepada ROY di Zon Utara mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Belia untuk memudahkan pertubuhan belia menghantar maklumat MYKD dan bertanyakan sebarang kemuskilan berkaitan pertubuhan belia.

Pada keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung dan pertubuhan belia yang hadir berurusan dengan pejabat ini.

 

Please publish modules in offcanvas position.