26 Oktober 2024, Miri, Sarawak - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Istiadat Konvokesyen IKBN Miri Ke-16.

Memilih tema “Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri”,  seramai 226 orang graduan muda yang terdiri daripada peringkat Sijil Lanjutan dan Sijil  diraikan dalam majlis ini. 

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menjelaskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini membuktikan komitmen dan keseriusan Kerajaan terhadap agenda TVET negara apabila memperlihatkan peningkatan peruntukan daripada RM 6.8 bilion pada tahun 2024 kepada kepada RM 7.5 bilion untuk tahun 2025. 

Langkah ini bertujuan memastikan belia, terutama dari golongan rentan mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan memperkukuhkan kerjasama institusi dengan industri.

Syabas dan tahniah kepada semua graduan muda TVET KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

25 Oktober 2024, Subang, Selangor - Seramai lapan atlet terdiri daripada 3 Olimpian dan 5 Paralimpian telah menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) masing-masing, dengan jumlah keseluruhan RM3.6 juta diperuntukkan. Jurulatih yang terlibat turut menerima insentif sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.

Majlis penyerahan insentif ini telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang pada Jumaat. Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN dan YBhg. Datuk Stuart Ramalingan, Penyelaras Jawatankuasa Road To Gold (RTG).
 
SENARAI PENERIMA SHAKAM SUKAN OLIMPIK PARIS 2024:
 
1. Lee Zii Jia (Badminton - Perseorangan Lelaki) – RM 100,000
2. Aaron Chia & Soh Wooi Yik (Badminton - Beregu Lelaki) – RM 200,000
 
SENARAI PENERIMA SHAKAM SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024:
 
1. Cheah Liek Hou (Para Badminton - Perseorangan Lelaki SU5) – RM 1,000,000
2. Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting - 72kg) – RM 1,020,000 (Tambahan RM20,000 untuk rekod baru)
3. Muhammad Ziyad Zolkefli (Para Olahraga - Lontar Peluru F20) – RM 300,000
4. Datuk Abdul Latif Romly (Para Olahraga - Lompat Jauh T20) – RM 300,000
5. Eddy Bernard (Para Olahraga - 100m T44) – RM 100,000

25 Oktober 2024, Kajang, Selangor - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2024.

Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada penganjuran LSK di peringkat negeri dan daerah yang mana telah mengumpulkan penyertaan seramai 60,512 orang di seluruh negara.

Mengangkat gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, sebanyak lima acara sukan dipertandingkan iaitu pingpong, bola tampar, sepak takraw dan bola baling.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

24 Oktober 2024, Segamat, Johor - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Program Santuni Madani KBS yang berlangsung di Kg. Spang Loi, Segamat, Johor.

Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung ini merupakan satu program khas yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala untuk memperkasakan pendekatan pembangunan MADANI diperingkat luar bandar. 

Kampung Spang Loi telah dipilih berdasarkan potensi komuniti di sini yang begitu aktif dan semangat perpaduan yang jitu. Usaha KBS di kampung ini akan berdasarkan acuan pembangunan inklusif melibatkan penduduk kampung dan pemegang taruh utama. 

Program-program jangka pendek dan sederhana akan dilaksanakan seperti program pembangunan sukan, peluang pendidikan TVET ILKBS, gotong-royong, kursus jangka pendek, projek kolam ikan air tawar, kursus kaedah ternakan ikan dalam sangkar, dan lain-lain pengisian yang dirancang berdasarkan kesesuaian dan keperluan masyarakat kampung ini. Diharapkan usaha ini akan menoktahkan kemiskinan tegar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kampung ini. 

KBS komited untuk terus memacu pembangunan belia dan sukan secara inklusif. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

23 Oktober 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan (KPM).

Sesi kunjungan hormat ini antara lain telah membincangkan berkenaan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam aspek pembangunan belia dan sukan yang lebih menyeluruh melibatkan kumpulan sasar di bawah seliaan Kementerian Pendidikan serta komuniti setempat. 

Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik, Encik Dharzuky bin Daud@Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan pegawai-pegawai KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.