Sekretariat Industri Sukan (SIS), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Ekspo Industri Sukan (EIS 2024) pada 25 - 27 Oktober 2024 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Tujuan EIS 2024 diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum terutama pemegang taruh sukan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh industri sukan dalam meningkatkan sumber ekonomi.

Di samping itu, EIS 2024 memberi peluang kepada pemain industri sukan terutama yang terdapat di Sabah untuk mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Penganjuran acara sukan oleh persatuan sukan di Sabah juga akan dilaksanakan sepanjang ekspo ini berlangsung.

16 Oktober 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Perhimpunan Bulanan KBS - Oktober 2024.

Dalam amanatnya, YB Menteri mahu semua warga KBS sentisa meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan Kementerian untuk terus memperksakan belia dan sukan di Malaysia.

Di samping itu, YB Menteri turut mengingatkan agar Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi sentiasa mengambil berat kesihatan mental kakitangan masing-masing.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, TKSU (Strategik) KBS, Puan Ramona Mohd Razali serta Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

15 Oktober 2024, Vietnam - Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN ke-15 (SOMS XV) yang sedang berlangsung di Vinh Phuc, Vietnam diteruskan pada hari kedua dengan Program Berjalan Santai (Fun Walk) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN dan Jepun kali ke 7.

Program berjalan santai (Fun Walk) pagi ini melalui sekitar kawasan penginapan dan melibatkan penyertaan semua delegasi negara ASEAN. 

Program diteruskan dengan sesi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN dan Jepun. YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir mengetuai delegasi Malaysia.

Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN dan Jepun bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama ASEAN dan Jepun dalam bidang sukan serta menyelaras inisiatif strategik bagi memperkasa pembangunan sukan antara ASEAN dan Jepun.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS #SOMS15 #SukanASEAN #ASEANUnity

14 Oktober 2024, Kajang, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir meyempurnakan Majlis Ramah Mesra Sempena Program Rakan Muda Skills for Life @AKBG Perkhidmatan Kedi di Kelab Golf & Rekreasi Penjara Kajang.

Program Rakan Muda: Skills For Life@AKBG Bidang Perkhidmatan Kedi merupakan cetusan idea YB Menteri dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Bagi Siri 1 ini melibatkan seramai 20 orang prospek lelaki di Penjara Kajang yang akan mengikuti latihan kemahiran bidang perkhidmatan kedi dengan mendapat bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada AKBG bermula pada 14 Oktober sehingga 18 Oktober 2024.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan latihan TVET dalam bidang perkhidmatan kedi kepada prospek Penjara Kajang berumur di antara 18 hingga 30 tahun untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja sektor industri golf di Malaysia.

Hadir sama YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, TKJP (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia dan YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

14 Oktober 2024, Vietnam - Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN ke-15 (SOMS XV) sedang berlangsung di Vinh Phuc, Vietnam dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Dang Ha Viet dari Vietnam.

Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang sukan serta menyelaras inisiatif strategik bagi memperkasa pembangunan sukan di ASEAN.

Nantikan kemas kini seterusnya bagi perkembangan terbaru dan pencapaian Malaysia sepanjang persidangan ini!

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS #SOMS15 #SukanASEAN #ASEANUnity

Please publish modules in offcanvas position.