4 Oktober 2024, Doha, Qatar - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Asian Cooperation Dialogue (ACD) Summit yang ke-3 di Doha, Qatar. 

Beliau telah menyampaikan kenyataan negara yang memfokuskan tentang sports diplomacy. 

Sidang kemuncak ini antara lain bertujuan sebagai satu platform negara-negara Asia saling bertukar pendapat dalam isu sosial, kualiti hidup dan perdagangan.

Sidang ini juga turut dihadiri oleh negara-negara di bawah ACD seperti Qatar, Vietnam, Thailand, China, Indonesia, Brunei dan Sri Lanka. 

Kehadiran YB Menteri secara tidak langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan negara-negara berkenaan. 

Turut hadir YBrs. Puan Ramona Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan YBrs. Encik Faedzal bin Md. Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

3 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke dua projek naik taraf fasiliti sukan di KL Sports City - Pusat Skuasy Nasional dan Pusat Akuatik Nasional.

Untuk Pusat Skuasy Nasional, naik taraf merangkumi pemasangan siling dan kerja pembaikan tandas. Manakala bagi projek Pusat Akuatik Nasional, naik taraf merangkumi kerja-kerja waterproofing, elektrik dan skylight roof.

Projek naik taraf, setelah disiapkan pada pertengahan tahun 2025 ini dijangka memberi manfaat kepada atlet, golongan belia, orang awam dan persatuan sukan. 

Turut hadir Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, pegawai-pegawai daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

3 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bagi menyempurnakan pelepasan peringkat kelima Le Tour de Langkawi 2024 yang berlangsung semalam.

Peringkat 5 melibatkan perjalanan Kuala Lumpur - Melaka sejauh 167.3km.

LTdL merupakan acara flagship KBS yang bukan sahaja merupakan perlumbaan basikal antarabangsa, tetapi ia juga menyemarakkan industri sukan dan pelancongan di samping memberikan mesej tentang mobiliti rendah karbon. 

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

#KitaSemuaTeamMAS #TeamKBS #MalaysiaMADANI 
#PetronasLTdL2024
#BeatTheHeat

2 Oktober 2024, Putrajaya -  Tahniah kepada 16 orang penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dipilih bagi penilaian bulan April, Mei dan Jun 2024.

Penyampaian sijil kepada penerima telah disampaikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KBS Bil. 19/ 2024 yang diadakan di Menara KBS hari ini.

Anugerah ini merupakan penghargaan kepada individu-individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja khususnya dan dalam usaha meningkatkan imej Kementerian secara amnya.

Turut hadir meraikan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan serta pengurusan tertinggi KBS.

1 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024.

Dalam majlis tersebut seramai 56 atlet Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 menerima RM10,000 setiap seorang daripada Milo.

Di Paris 2024, Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa dalam Sukan Olimpik dan dua emas, dua perak, satu gangsa dalam Sukan Paralimpik.

KBS sentiasa menghargai usaha yang dilakukan pihak swasta khasnya Milo yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet negara serta pembangunan sukan di Malaysia.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.