23 September 2024, Desaru, Johor - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Bengkel Pemurniaan Garis Panduan Dana Sukan pada 22-24 September 2024 bertempat di Desaru, Johor. 

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memurnikan dan menambah baik garis panduan dana sukan yang ditawarkan oleh KBS berdasarkan pengalaman pada tahun 2023.

Dana sukan yang ditawarkan oleh KBS adalah penting bukan sahaja untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan acara sukan antarabangsa tetapi juga dapat memacu sektor industri sukan. 

Diharapkan agar semua pemegang taruh berkaitan seperti badan sukan, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan entiti swasta/ korporat akan mendapat manfaat dan seterusnya memainkan peranan dalam merakyatkan sukan secara inklusif.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha dan turut dihadiri oleh En. Othman bin  Abdullah, Setiausaha Bahagian Kewangan, En. Suhardi bin Alias Pesuruhjaya Sukan, Puan Usha Thamotharan, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia serta pegawai daripada Pejabat Timbalan Menteri KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Unit Komunikasi Korporat.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

23 September 2024, Kuching, Sarawak - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa meninjau ke beberapa venue Para Sukma Sarawak 2024.

Antaranya acara sukan para olahraga, para badminton, catur dan sebagainya.

Temasya Para Sukma Sarawak 2024 kini sedang giat berlangsung di Kuching bermula 22 hingga 28 September 2024.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.