20 September 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan pemantauan projek perolehan peralatan bagi kursus baharu marin deck rating IKBN Kuala Perlis, di Pelabuhan Klang hari ini.

Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada pembangunan belia terutamanya yang berminat menceburkan diri dalam sektor perkapalan.

Sektor ini mempunyai potensi tinggi dan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pelajar. Penyediaan kursus ini turut selari dengan hasrat Kerajaan untuk memperkasakan dan mempelbagaikan bidang TVET belia di seluruh negara. 

Turut hadir Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Puan Zakiah Mat Jali, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah IKBN Kuala Perlis.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

18 September 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menerima kunjungan daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang diketuai oleh YBrs. Dr Ong Shin Ruenn.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan pelan tahunan MSDeaf termasuk perancangan ke Deaflympics pada tahun 2025. KBS komited untuk membantu pembangunan sukan secara inklusif termasuk golongan kurang upaya, selari dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan sukan.

Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan, Puan Usha a/p Thamotharan Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, dan En. Mohd Sofian bin Hamzah, Majlis Sukan Negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

14 September 2024, Terengganu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Terengganu 2024 di Kompleks Pentadbiran Bandar Wathiqu Billah, Kuala Nerus.

Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia yang mana maklum balas yang diterima akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Program turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi JK Pembangunan Belia, Sukan, dan NGO dan Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

12 September 2024 , Kelantan - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Yayasan Islam Kelantan, Tunjung, Kota Bharu.

Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia yang mana maklum balas yang diterima akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Program turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi JK Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Hadir sama Pengarah JBS Negeri Kelantan, Encik Saipuddin Zakaria dan Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi Abd Hamid.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

12 September 2024, Cheras - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang II, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan.

Mempunyai keahlian seramai 142 perwakilan belia, MPBN diadakan setiap tahun yang mana telah ditubukan secara rasmi pada 15 Mei 1971.

Sebanyak tiga (3) usul dibahaskan oleh perwakilan melibatkan pembangunan belia Malaysia.

Persidangan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.