6 September 2024, KLIA - Bertempat di KLIA, telah berlangsung Majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke Worldskills Competition (WSC) Lyon 2024.Seramai 15 orang belia TVET akan bertanding di pertandingan kemahiran peringkat tertinggi ini.

KBS menghantar dua peserta iaitu Muhammad Nasran bin Ahmad (IKBN Kemasik) bagi bidang Hairdressing dan Nur Raiesya binti Azli (IKTBN Alor Gajah) bagi bidang Patisserie & Confectionery.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Turut sama hadir adalah Timbalan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Pn. Zakiah bt. Mat Jali.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan mereka kerana semua kerana #KitaSemuaTeamMAS .

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

6 September 2024, Sabah - Berlangsung di Kampung Biah Tengah di Keningau, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim meluangkan masa bertemu komuniti setempat.

Merupakan rangka program di Kembara JOM Peringkat Negeri Sabah, pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya dialog, aktiviti sukan dan rekreasi, demo sukan tradisional dan sebagainya.

Program turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin dan TKP (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

5 September 2024, Sabah - Berlangsung di Kampung Tagaroh di Kota Marudu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim meluangkan masa bertemu komuniti setempat.

Merupakan rangka program di Kembara JOM Peringkat Negeri Sabah, pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya dialog, aktiviti sukan dan rekreasi, demo sukan tradisional dan sebagainya.

Program turut diserikan dengan kehadiran Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, YB Datuk Hendrus Anding dan Pengarah JBS Negeri Sabah, Encik Apui Jan.

#KitaSemuaTeamMAS  #TeamKBS  #MalaysiaMADANI

4 September 2024, Sabah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu.

Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia yang mana maklum balas yang diterima akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, YB Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Pengarah JBS Negeri Sabah, Encik Apui Jan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

4 September 2024, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Program Town Hall Belia – Summit of the Future pada 4 September 2024 (Rabu) melalui persidangan video. 

Program berkenaan mendapat kerjasama dengan Pejabat Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

YB Menteri Belia dan Sukan dalam ucapan pembukaan mengucapkan terima kasih kepada semua belia yang hadir dan berharap program hari ini dapat memberi impak yang positif dalam pembangunan belia di Malaysia. 

YB Menteri juga berharap kerjasama antara PBB dan KBS dapat diteruskan di masa hadapan.

Puan Karima El Korri, UN Residen Coordinator telah membentangkan mengenai pelaksanaan Summit of the Future yang akan dilaksanakan pada 22 hinga 24 September di Ibu Pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat. 

Manakala Cik Elisa Shafiqah binti Shahrilnizam, Ketua Penasihat, Malaysian Youth Diplomacy (MyDiplomacy) telah membentangkan mengenai pengalaman pertubuhan berkenaan sebagai wakil belia Malaysia dalam memberikan input kepada PBB untuk Summit of the Future.

Seramai 281 orang belia telah menyertai program ini. Peserta program ini juga telah memberikan input serta maklum balas mengenai Summit of the Future termasuk harapan belia Malaysia dalam pembangunan belia melalui kerjasama dengan PBB.

Di akhir program, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan ucapan dan penghargaan kepada semua panel dan peserta di atas penglibatan aktif dalam program berkenaan.

Turut sama semasa program tersebut ialah YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Encik Adrian Leong Tiam Ee, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran dan Puan Marina binti Nafi, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.