29 Ogos 2024, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Walid Abu Ali, Duta Palestin di Malaysia di Menara KBS.

Pada pertemuan ini, Palestin mengucapkan penghargaan kepada Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan bola sepak pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan.

Malaysia bersedia untuk terus menjadi tuan rumah kepada pasukan Palestin dan menyokong mereka melalui latihan bersama dalam sukan bola sepak serta sukan-sukan lain. Ini adalah satu usaha untuk memastikan semangat dan identiti Palestin terus dipelihara dan dihargai.

Selain itu, YB Timbalan Menteri dan TYT Duta Palestin turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Palestin dalam bidang pembangunan belia dan sukan. 

Pertemuan pada hari ini dilihat akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua- dua negara.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

29 Ogos 2024, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan di Bukit Jalil, hari ini.

Majlis yang turut dihadiri YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyaksikan kerjasama KBS dan PETRA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai usaha menerapkan budaya peka tenaga dalam kalangan hampir 150 orang penggiat industri sukan yang hadir pada majlis tersebut.

Melalui kerjasama ini para pengendali pusat-pusat dan kemudahan sukan boleh menyumbang kepada agenda nasional dalam menghadapi cabaran perubahan iklim melalui pengurusan bijak dan cekap tenaga di premis masing-masing.

Di samping itu, KBS juga telah memutuskan untuk mendapatkan khidmat anak Syarikat TNB, TNB energy Services (TNBES) bagi
melaksanakan projek rintis penjimatan kos elektrik di fasiliti-failiti sukan KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

27 Ogos 2024, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Pra Perasmian HSN 2024 di Menara KBS.

Pelbagai pengisian telah berlangsung di Menara KBS antaranya: 👇

✅ : Pound Fitness bersama Icon Hanis
✅ : Kayuhan Santai 10 KM
✅ : Senaman Warga Emas
✅ : Pocket Bike
✅ : Push Bike
✅ : Simulator Golf
✅ : Dan Banyak Lagi!

Bertemakan #CergasBersama sambutan HSN 2024 akan berlangsung bermula 11 hingga 13 Oktober 2024 di seluruh negara.

HSN Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dataran Putrajaya pada 12 Oktober 2024 (Sabtu).

Layari portal rasmi HSN https://www.harisukannegara.my bagi mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #CergasBersama #MalaysiaMADANI

25 Ogos 2024, Kajang - Cabaran Sukan Wanita Melabuhkan Tirai 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Kejohanan Cabaran Sukan Wanita (Women Sports Challenge) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 

Seramai 1,084 orang penyertaan telah direkodkan di kejohanan yang telah berlangsung bermula 23 hingga 25 Ogos 2024 di UNITEN Kampus Putrajaya, Kajang. Kejohanan ini membabitkan tiga jenis sukan iaitu bola jaring, bola baling dan bola keranjang.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

23 Ogos 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir ke sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Sukan di Menara KBS.

Selaras dengan gagasan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, sesi dialog berkaitan Belanjawan 2025 bersama hampir 200 pemegang taruh sukan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian untuk mendapatkan input daripada kalangan penggiat sukan tanah air.

Bagi tahun 2025 KBS menumpukan kepada enam sasaran iaitu:

* Inisiatif & Insentif Cukai
* Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi
* Penggalakan Sukan Massa
* Pemantapan Pembangunan Projek Fizikal
* Pembangunan Industri Sukan
* Kajian & Penyelidikan

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.