20 Ogos 2024, Sarawak - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan projek pembangunan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kuching, Sarawak.

Beliau telah memantau dua projek yang sedang berjalan iaitu Kajian Mendapan dan Naik Taraf Gimnasium Rakyat di KOMBES Sarawak. Kajian mendapan yang dijangka siap pada 28 November 2024 akan memberikan gambaran intervensi yang sesuai untuk dilaksanakan pada tahun 2025. 

Selain itu, skop naik taraf gimnasium rakyat antaranya termasuk memasang penghawa dingin, pendawaian semula, menukar papan litar dan pemasangan lampu tambahan. Penaik tarafan gimnasium ini diharapkan dapat memanfaatkan pengguna gimnasium merangkumi orang awam dan atlet negeri termasuk atlet para. Projek ini dijadualkan siap pada penghujung Oktober 2024. 

Turut hadir, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Ts. Lee Chai Guan, Arkitek Kanan, Jabatan Kerja Raya Sarawak.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

17 Ogos 2024, Kuching, Sarawak - Majlis Perasmian SUKMA 2024 telah  disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Sarawak, Kuching pada 17 Ogos 2024.

Upacara gilang-gemilang itu dianggarkan lebih 40,000 pengunjung yang hadir menyaksikan stadium bermandikan kilauan cahaya dan sorakan orang ramai ketika menyambut perarakan masuk setiap kontinjen yang bermula dengan Johor selaku pemenang SUKMA 2022 dan diakhiri dengan kontinjen Sarawak.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’  Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

#KitaSemuaTeamMAS
#SukmaSarawak2024
#OohaaSUKMA

13 Ogos 2024, KLIA - WELCOME HOME HEROES!

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Pasukan Berbasikal dari Olimpik Paris terdiri daripada Dato’ Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah Izzati yang telah tiba di KLIA bersama-sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Dato’ Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati telah mencipta rekod kebangsaan dalam acara pecut dengan catatan masa masing-masing 9.402s dan 10.709s.

Selain itu, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Dato’ Azizulhasni juga turut mencatatkan rekod peribadi terbaik di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Syabas & tahniah buat pasukan berbasikal negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

11 Ogos 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menyampaikan ucapan  di Majlis Perasmian Business Supercharge Program (BSP) 3.0 hari ini. Beliau telah disambut oleh Encik Bruce Ban, Presiden JCI Malaysia, Encik Anirudh Sistla, Timbalan Presiden JCI Antarabangsa dan Puan Eugene Teoh, Penganjur utama.

BSP 3.0 merupakan satu program anjuran Junior Chamber International (JCI) Malaysia, salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM). Program ini bertujuan untuk melengkapkan usahawan muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk terus berkembang dan maju dalam landskap perniagaan yang kompetitif. BSP 3.0 pada kali ini telah menarik lebih 120 peserta dari pelbagai latar belakang.

YBhg. Ts. Dr. KSU KBS telah berkongsikan usaha KBS untuk meningkatkan tahap sosioekonomi belia termasuk program Social Enterprise for Rural Youth (SERY), Rakan Niaga di bawah payung Rakan Muda dan penyediaan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia. Beliau turut menggalakkan usahawan muda untuk menceburkan diri dalam industri sukan yang semakin berkembang.   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga telah berkongsi berkaitan ekosistem syarikat pemula (Start-Up) di Malaysia. 

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

8 Ogos 2024, Miri, Sarawak - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara JOM Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Curtin University Malaysia, Miri.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan), YB Datuk Dr. Ripin Lamat.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.