16 April 2026, Kelantan - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek SUKMA Kelantan di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.

Lawatan yang turut disertai YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini bertujuan meninjau kemajuan awal di tapak serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perancangan pembangunan prasarana yang akan dilaksanakan.

Turut diadakan sesi taklimat bagi memperincikan pelaksanaan projek agar berjalan lancar dan menepati jadual yang ditetapkan.

KBS komited memastikan setiap fasiliti yang dibangunkan memenuhi piawaian tinggi, sekali gus menyokong penganjuran SUKMA yang cemerlang serta memberi manfaat jangka panjang kepada atlet dan komuniti sukan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

16 April 2026, Kelantan - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan di Negeri Kelantan.

Pertemuan turut menjadi platform bagi bertukar pandangan serta meneroka peluang kolaborasi yang lebih berimpak demi kesejahteraan masyarakat.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

16 April 2026, Kelantan - Siri lawatan kerja YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS di Negeri Kelantan diteruskan dengan kunjungan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja serta melihat secara dekat peranan dan fungsi jabatan dalam menyokong agenda pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

15 April 2026, Bachok, Kelantan - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Kelantan.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas bersama pihak pengurusan yang membentangkan pencapaian semasa serta hala tuju institusi. Dalam sesi amanat bersama warga kerja, beliau menekankan kepentingan peningkatan kualiti latihan kemahiran serta komitmen tenaga pengajar dalam melahirkan belia yang berdaya saing.

Lawatan turut merangkumi tinjauan fasiliti dan kemudahan kampus termasuk bengkel, asrama serta ruang pembelajaran. Selain itu, beliau turut menyertai sesi penanaman pokok sebagai simbol kelestarian dan beramah mesra bersama para pelajar di Dewan Serbaguna.

KBS komited untuk terus memperkasa pendidikan dan latihan TVET sebagai pemangkin pembangunan belia berkemahiran tinggi.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

14 April 2026, Kuala Lumpur - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Prapeluncuran Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2026.

Majlis ini menjadi platform awal bagi menggerakkan promosi sambutan HBN yang diraikan setiap 15 Mei, dan tahun ini merupakan edisi ke-62 sejak diperkenalkan pada 1964.

Dengan tema “Menggerak Belia”, sambutan tahun ini menekankan usaha memperkasa kepimpinan serta potensi belia sebagai pemacu perubahan negara. Antara inisiatif utama ialah Kembara Jalur HBN 2026 dan Inisiatif Sokongan Suara Belia (SSB).

Sambutan kemuncak HBN 2026 akan berlangsung di Sendayan, Negeri Sembilan dari 15 hingga 17 Mei 2026, dengan Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei.

Turut hadir YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.