5 Ogos 2024, Putrajaya - Mesyuarat bersama Dr. Sharmila Bernau, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS. 

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah program-program yang menjadi fokus Kementerian serta peluang berkolaborasi dengan pihak Pesuruhjaya Tinggi & Kerajaan New Zealand dalam bidang belia dan sukan.  

Mesyuarat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan New Zealand. Turut hadir bersama ialah Puan Kirsty Sharp dari Asia New Zealand Foundation dan Puan Ella Nicholls dari Pesuruhjaya Tinggi New Zealand serta beberapa pegawai KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

1 Ogos 2024, Putrajaya - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir ke Majlis Makan Malam Program Pertukaran Pemimpin Belia Malaysia - Singapura 2024 .

Seramai 20 delegasi belia dari Malaysia selamat pulang ke tanah air selepas menamatkan Program Pertukaran Pemimpin Belia Malaysia - Singapura 2024.
Diketuai oleh saudara Javiques Badana, delegasi belia Malaysia telah berada di Singapura bermula 28 hingga 31 Julai 2024. 
 
Pelbagai pengisian aktiviti telah diikuti oleh delegasi sepanjang berada di sana antaranya lawatan institusi, sesi pertukaran maklumat dan pengalaman, ekspedisi pembelajaran dan banyak lagi.
 
Program ini juga merupakan platform terbaik bagi mengukuhkan hubungan bilateral di antara kedua-dua belah pihak.
 
Turut hadir, TKSU (Strategik) KBS, Puan Ramona Mohd Razali dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

30 Julai 2024, Kuala Lumpur - Bertempat di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwakili oleh YBrs. En. Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah mengadakan kunjung hormat kepada Pasukan Cawangan Khas (E6), Bukit Aman yang diketuai oleh DCP Mohd Zahari Bin Sidik, Penolong Pengarah (Perundangan) E6 dan SAC Dato Yusni Bin Mohd Jamil, Penolong Pengarah (Keselamatan) E6.

Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik kedua-dua pihak terutama dalam aspek pencegahan ancaman keselamatan serta ketenteraman awam melibatkan komuniti belia dan sukan.
 
Penerangan juga turut diberikan berkaitan pelaksanaan Kod Sukan Selamat meliputi seluruh ekosistem sukan dalam menangani kes gangguan dan penderaan dalam sukan.
 

30 Julai 2024, Putrajaya - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bertempat di Menara KBS, Putrajaya.

KBS telah menerima 39 permohonan daripada 28 SRM IPT yang mana sebanyak 16 permohonan telah dipertimbang dan diberikan kelulusan melibatkan jumlah RM280 ribu bagi fasa pertama.
 
Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
 
KBS juga mengalu-alukan lebih banyak IPT awam dan swasta untuk mendaftarkan SRM di bawah institusi masing-masing supaya dapat
mempergiatkan lagi aktiviti Rakan Muda dalam kalangan belia di IPT.
 
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
 

31 Julai 2024, Paris, Perancis - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mewakili Malaysia ke 11th Commonwealth Sports Ministers Meeting (11CSMM) di Paris, Perancis. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Negara Anggota Komanwel.

Dalam slot intervensi negara, YB Timbalan Menteri telah berkongsi inisiatif-inisiatif pembangunan sukan di Malaysia meliputi pemerkasaan Wanita Dalam Sukan, Kod Sukan Selamat, perancangan rangka perundangan Integriti Sukan dan komitmen Malaysia ke atas inklusiviti dan sukan selamat.
 
Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.
 

Please publish modules in offcanvas position.