Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
 
Jom kunjungi reruai KBS di Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur:
 
Tarikh: 5 hingga 7 Julai 2024
Tempat: Dataran Sayangi Kuantan, Pahang
 
Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik menanti anda. Orang ramai dijemput hadir.
 
Jumpa di sana!
 

2 Julai 2024, Kuala Lumpur - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kedua-dua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dato' Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shariman dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
 
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris diketuai Chef de Mission, Datuk Hamidin Mohd Amin, manakala Datuk R.Subramaniam akan mengetuai Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris.
 
Setakat ini 25 atlet dari 8 jenis sukan telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.
Manakala 20 atlet dari 6 jenis sukan telah layak secara merit ke Sukan Paralimpik Paris yang akan membuka tirai pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.

30 Jun 2024, Kuhcing, Sarawak - Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Zon Sarawak (Kuching) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak ini telah menarik penyertaan seramai 46 orang daripada pertubuhan belia. Kursus selama 2 hari 1 malam ini melibatkan perkongsian ilmu antaranya Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang (Star Rating), Kaedah Pengendalian Mesyuarat Agung, Penyediaan Minit Mesyuarat, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019), Dasar Belia Malaysia, Pengurusan Acara dan Protokol.

En. Mohd Zhariff bin Azhari, Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Sarawak telah hadir bagi menyempurnkan majlis penutup kursus ini. Turut hadir bersama adalah En. Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan En. Abdul Zamrie bin Randim, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir bagi menyokong program ini.

 

30 Jun 2024, Kota Kinabalu, Sabah - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Sukan Perpaduan 2024 di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis penutup yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Alfred Angin menyaksikan kontinjen KBS menjadi juara bagi edisi kali ini.

Kejohanan yang berlangsung bagi edisi kedua ini mempertandingkan beberapa acara antaranya bola sepak, badminton, bola jaring, boling, sukan tradisional dan sebagainya.

Tahniah dan syabas buat Team KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

30 Jun 2024, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan ke projek menaik taraf Stadium Juara, Bukit Kiara.

Projek membaik pulih dan menukar lantai Stadium Juara ini dilaksanakan susulan sebahagian bawah lantai telah diserang anai-anai.

Pertukaran lantai ini merupakan kali pertama sejak Stadium Juara dibina untuk Sukan Komanwel 1998. 

KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga akan berbincang dengan agensi yang berkaitan supaya  penukaran lantai ini dapat dilaksanakan dengan mampan melalui usaha restorasi kepelbagaian biologi. 
 
Penaik tarafan ini dijangka siap pada bulan Ogos 2024 dan akan memberi manfaat kepada atlet, penggiat dan peminat sukan di seluruh negara. 

Turut hadir adalah En. Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.