





28 Jun 2024, Tawau, Sabah - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Kompleks Sukan Tawau.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 51 orang peserta yang mewakili kelab belia tunggal dan badan gabungan dari Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.
Kursus yang dilaksanakan ini melibatkan pelbagai perkongsian ilmu dalam pelbagai topik seperti pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Penyediaan Maklumat Yang kena Diberi (MYKD), Kaedah dan Simulasi Pengendalian Mesyuarat Agung dan Penyediaan Minit Mesyuarat, Penarafan Bintang, Pindaan Perlembagaan, Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara. Selain itu melalui kursus ini juga dapat memberi kefahaman kepada peserta berhubung pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nur Hilmi bin Milus, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah. Turut hadir bersama Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia.
28 Jun 2024, Sibu, Sarawak - Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Zon Sarawak telah diadakan dengan jayanya bertempat di Wisma Li Hua, Sibu. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak ini telah menarik penyertaan seramai 43 belia daripada pertubuhan belia tunggal.
Kursus selama 2 hari 1 malam ini melibatkan perkongsian ilmu seperti berikut:
Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD)
Penarafan Bintang (Star Rating)
Kaedah pengendalian Mesyuarat Agung dan penyediaan Minit Mesyuarat
Bicara Akta 668 (Pindaan 2019)
Dasar Belia Malaysia, Pengurusan Acara dan Protokol
YB Royston bin Valentine, ADUN N.57 Tellian merangkap Presiden Pertubuhan Belia Parlimen Kapit telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini. Turut hadir adalah Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Encik Johari bin Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir bagi menyokong program ini.
28 Jun 2024, Negeri Sembilan, - Sejajar dengan matlamat memperkasakan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan & Negeri Melaka pada 21-22 Jun 2024.
Berlangsung di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam dengan kehadiran seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada 45 Pertubuhan Belia Tunggal, Pertubuhan Belia Bercawangan, Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Negeri.
Yang Berhormat Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus ini. Turut hadir adalah En. Mustaza bin Mustafa Kamal, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan En. Nor Faizal Bin Nordin, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
26 Jun 2024, Putrajaya - Dalam memastikan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dilaksanakan dengan berkesan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan pemeriksaan mengejut di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pelaksanaan pemeriksaan mengejut ini merupakan agenda Kerajaan kepada semua Ketua Jabatan dalam menyambut baik seruan YAB Perdana Menteri berhubung iltizam Kerajaan dalam melaksanakan islah dalam perkhidmatan awam terutamanya berkaitan elemen tatakelola dan integriti.
Pemeriksaan mengejut ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa kepada jabatan/ agensi di bawah KBS dengan memberi tumpuan kepada pengurusan waktu bekerja, pengurusan kaunter serta penyampaian perkhidmatan oleh jabatan/ agensi.