23 Jun 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu , Ketua Setiausaha KBS, hadir mewakili Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Program merupakan sebuah inisiatif KBS dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat termasuklah OKU selain daripada menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan OKU.

Program ini juga merupakan komitmen KBS mempromosikan inklusiviti dalam aktiviti sukan dengan melibatkan masyarakat bersama-sama dengan golongan OKU.

Dengan pengisian pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik, berjalan santai dan seumpamanya, program akan turut berlangsung secara percuma pada setiap hujung minggu di 17 lokasi di seluruh negara sehingga bulan Ogos 2024.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

21 Jun 2024, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu Ketua Setiausaha KBS telah menerima Kunjung hormat Jawatankuasa tertinggi Junior Chamber International (JCI) Malaysia.

Sesi pertemuan ini diketuai oleh En. Bruce Ban Jia Zhi selaku Presiden JCI selain memperkenalkan barisan Jawatankuasa baharu bagi sesi Tahun 2024. 

Sesi kunjungan ini turut membincangkan perkembangan terkini pelaksanaan program  pembangunan belia dan Sukan anjuran JCI di peringkat Malaysia dan Antarabangsa kepada KBS dan hala tuju JCI bagi melancarkan pelan transisi kepimpinan belia. 

Bertemakan ‘Leading with value’ yang membawa maksud membimbing tindakan anak muda  dengan kejujuran, kebaikan dalam membuat keputusan  serta memfokuskan kepada kesejahteraan komuniti dan menginspirasi orang lain untuk membuat perubahan positif. 

KBS sentiasa mengalu-alukan penglibatan JCI dan menyahut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JCI dalam pembangunan dan pemerkasaan belia. 

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

22 Jun 2024, Klang, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Senaman Warga Emas 2024 di Taman Rakyat Klang, Selangor.

Program merupakan sebuah inisiatif KBS dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas selain mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan warga emas untuk
memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.

Dengan pengisian pelbagai aktiviti kecergasan, program akan turut berlangsung di 50 lokasi di seluruh negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADAN

20 Jun 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Resepsi Sambutan Hari Keputeraan Raja Charles III ke-76 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Kehadiran YB Menteri ke sambutan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi hubungan baik Malaysia dan United Kingdom. 

Turut hadir bersama dif-dif kehormat daripada kedutaan dan kementerian lain.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

19 Jun 2024, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsungnya majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan korfball negara yang telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pasukan korfball negara bakal membawa nama Malaysia di Kejohanan IKF U21 World Korfball yang akan berlangsung pada Julai 2024 bertempat di Antalya, Turkey. Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada pasukan korfball.

Kita Semua Team MAS!

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

Please publish modules in offcanvas position.