11 Jun 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh & YB Adam Adli, Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 - Malaysia lwn Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia menamatkan saingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan membenam cabaran Chinese Taipei menerusi jaringan 3-1.

Tahniah dan syabas buat Harimau Malaya. Anda kebanggaan kami.

Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN PENAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TAHUN 2024

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan Penawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada atlet-atlet serta pihak berkaitan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautanhttps://spsb.kbs.gov.my/backend/web/ bermula 12 hingga 27 Jun 2024. Jangkaan tempoh penawaran sehingga keputusan permohonan adalah seperti berikut:

 

PERKARA

TEMPOH

Permohonan secara dalam talian (online)

12 hingga 27 Jun 2024

Sesi Temu Duga

Ogos 2024

Keputusan Permohonan

Oktober 2024

 

Bersama-sama ini dilampirkan salinan iklan berserta syarat-syarat permohonan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Unit Biasiswa, KBS di talian 03-8871 3549/ 3538.

11 Jun 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bertempat di MSN, Bukit Jalil. 

Perjanjian yang ditandatangani antara MSN dan PSK ini merupakan inisiatif KBS dalam memperkukuhkan tatakelola pengurusan PSK melalui pelaksanaan program Podium dan Pelapis Kebangsaan. 

Kaedah empowerment ini akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2024 dimana peruntukan kewangan akan disalurkan berdasarkan pelan latihan yang telah dipersetujui. Sebanyak 19 PSK yang telah hadir pada sesi perjanjian tersebut. 

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

11 Jun 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan Jun 2024.

Dalam amanatnya YBhg. Ts. Dr. KSU mengingatkan agar warga kerja KBS sentiasa menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja.

Beliau juga mahu setiap tugasan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap kakitangan KBS dilaksanakan dengan betul mengikut peraturan dan pekeliling semasa. 

Dalam pada masa yang sama beliau juga mahu setiap aktiviti dan fasiliti KBS perlu sentiasa mengambil berat  terhadap penjagaan alam sekitar.

YBhg. Ts. Dr. KSU juga turut menyampaikan Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 kepada YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Percaya! Teguh Berdiri di Belakang Harimau Malaya! 🔥⚡️
 
Ayuh Ekor Harimau Sejati, kita ada misi penting berdepan Chinese Taipei di keyakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 🏁
 
Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara seperti berikut 👇
 
Malaysia 🇲🇾 LWN 🇹🇼 Chinese Taipei
📍 : Rujuk Poster
🗓️ : 11 Jun 2024 (Selasa)
⏰ : 9.00 Malam (Waktu Malaysia)
Ayuh semua kita ke TAYANGAN SKRIN BESAR dan berdiri teguh sebagai pemain ke-12! 🐯 🗣️
 
Selamanya Harimau Malaya, JBSN Bersama 💪🏽
 

Please publish modules in offcanvas position.