Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 🏆 ⚽️

Republik Kyrgyz 🇰🇬 VS 🇲🇾 Malaysia 

📍 : Rujuk Poster
🗓️ : 6 Jun 2024 (Khamis)
⏰ : 11.00 Malam (Waktu Malaysia)

Ayuh semua ramai-ramai ke TAYANGAN SKRIN BESAR dan zahirkan semangat kita! 🎉 🗣️

Selamanya Harimau Malaya 🇲🇾, JBSN Bersama 💪🏽

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #RakanMuda

3 Jun 2024, KLIA, Sepang - Tahniah dan syabas buat skuad boling padang para negara yang telah membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa di Kejohanan Boling Padang Dunia 2024 Afrika Selatan.

Kepulangan skuad negara ini ke tanah air telah disambut oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Skuad boling padang para negara berjaya memperoleh dua pingat emas menerusi kategori perseorangan lelaki B2 dan perseorangan wanita B2. Manakala pingat gangsa pula diraih menerusi perseorangan bercampuran B1.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

2 Jun 2024, Pulau Pinang - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Pusat Konvensyen SP Arena, Seberang Jaya.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Daniel Gooi dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

1 Jun 2024, Alor Setar, Kedah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Kedah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
 
Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
 
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.
 
Program juga diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
 

1 Jun 2024, Alor Setar, Kedah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

Mengangkat tema “Yakin Boleh”, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2024 antaranya bacaan Ikrar Belia Malaysia, aktiviti sukan dan rekreasi, persembahan seni dan kebudayaan, pameran jabatan/ agensi kerajaan, swasta dan NGO dan banyak lagi .
Seterusnya, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 seperti berikut:
 
📌 Kategori Individu Lelaki
🏆 Saudara Muhammad Hasrullah Md Hasmi
📌 Kategori Individu Wanita
🏆 Saudari Nurul Ummi Muhammad Razak
📌 Kategori Pertubuhan Belia
🏆 Majlis Belia Daerah Kota Setar
 
Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhamad Radhi Haji Mat Din dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
 

Please publish modules in offcanvas position.