30 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Resepsi Sambutan Ulang Tahun ke - 78 Itali di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. 

YB Menteri telah diiringi oleh TYT Massimo Rustico, Duta Besar Itali ke Malaysia bagi upacara ucap selamat dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan. 

Kehadiran YB Menteri ke sambutan ini secara tidak langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan ltali. 

Turut hadir Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz serta beberapa dif-dif kehormat daripada kedutaan serta kementerian lain.

29 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Tahunan Piala Gurdwara & Pesta Sukan Sikh ke-72 di Kuala Lumpur.

Temasya sukan ini disertai seramai 1,000 orang peserta bagi tujuh acara dipertandingkan iaitu hoki, bola sepak, badminton, bola jaring, golf, dart dan snuker.

KBS menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) turut memperuntukkan sebanyak RM38,000 bagi penganjuran temasya sukan edisi ke-72 itu.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

22 & 23 Mei 2024, Tashkent, Uzbekistan: Mesyuarat Asia/Oceania Region Intergovernmental Ministerial Meeting on Anti-Doping in Sport (AORIM) merupakan mesyuarat tahunan yang melibatkan organisasi anti-doping dan kerajaan dari negara-negara di rantau Asia dan Oceania. Mesyuarat ini bertujuan meningkatkan usaha dalam pelaksanaan program anti-doping di negara-negara ini melalui perkongsian amalan terbaik serta memperkukuhkan kerjasama kolaboratif ke arah mematuhi kod anti-dopingt dunia dan Konvensyen Anti-Doping Antarabangsa dalam Bidang Sukan, UNESCO yang sedang berkuatkuasa.

Mesyuarat selama 2 hari antara lain telah membentangkan Bidang keutamaan strategik WADA, Proses pengundian ASIAN Region WADA Foundation Board Member 2025-2027 termasuk perbincangan mengenai laporan Asian Region Finance Committee iaitu sumbangan negara-negara kepada WADA. Mesyuarat diteruskan dengan pemakluman mengenai peranan negara-negara ahli dalam menghadapi Road to 2027 World Anti-Doping Code (semakan kod terkini yg akan dikuatkuasakan pd 2027).

YBhg Ts. Dr KSU telah membentangkan laporan kemajuan Anti-Doping  negara 2023-2024  di hadapan seramai 67 org perwakilan dari 32 buah negara di rantau Asia/Oceania.

 

25 Mei 2024, Johor Bahru, Johor - KBS bersama  Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menganjurkan sesi ramah mesra bersama bekas atlet negara di reruai KBS sempena Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024.

Antara bekas atlet negara yang hadir ke sesi tersebut adalah YBhg. Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed atlet Olahraga yang juga merupakan Presiden YAKEB, YBhg. Dato' Abdul Malek Noor atlet Bina Badan, YBhg. Datuk Zaiton Othman atlet Olahraga, YBhg. Datuk Santokh Singh pemain Bola Sepak, Emcik Lee Nyuk Fah pemain Rugbi dan Encik Nordin Mohamed Jadi atlet Olahraga.

Pengunjung berpeluang berjumpa dan mengenali bekas atlet negara disamping beramah mesra sepanjang sesi tersebut.

Pada sesi yang sama reruai KBS juga turut dikunjungi oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru yang bersama-sama menyerikan sesi tersebut.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

25 Mei 2024, Dataran Pahlawan, Melaka - Melaka, Sambutan yang Menakjubkan! 🔥⚡️

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan diteruskan lagi semalam dengan Kembara Riuh X HBN 🤝
Antara pengisian utama adalah persembahan artis antaranya:
🎤 : Dolla
🎤 : Iamneeta
🎤 : Bunga
🎤 : Dan ramai lagi!
“Mengapa mudahnya kau sakiti? Mengapa mudahnya kau lukai?” 🎶
Ohhhh lama rasanya min tak “sing along” 😅
Malam ni, jangan lupa! ada Hujan, Insomniacks dan ramai lagi! 😬
Rakan radio rasmi kami? sudah tentu RAKITA 📻
Selain itu, turut berlangsung acara larian dan berbasikal 🏃‍♂️🚴‍♂️
Yakin Boleh, JBSN Bersama 💪🏽

Please publish modules in offcanvas position.