9 April 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa meninjau secara dekat sesi latihan atlet karate, taekwondo dan menembak di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

Lawatan ini memberi ruang kepada YB Menteri untuk berinteraksi bersama atlet dan jurulatih serta manifestasi sokongan kementerian kepada prestasi sukan negara.

KBS sentiasa komited dalam memacu pembangunan atlet secara holistik serta memperkukuh ekosistem sukan negara di semua peringkat.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

9 April 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sesi yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya ini antara lain membincangkan pengukuhan kerjasama strategik antara Kementerian dan Kerajaan Negeri dalam menyokong agenda pembangunan negara secara menyeluruh, khususnya dalam bidang belia dan sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

9 April 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 14/2026 bagi membincangkan penganjuran Sukan Malaysia XXII Selangor 2026.

Jawatankuasa Tertinggi SUKMA kekal komited memperkukuh pembangunan sukan negara, termasuk usaha melahirkan bakat baharu di peringkat akar umbi menerusi platform SUKMA.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pertimbangan acara rayuan yang tidak mencapai ambang penyertaan minimum, aspek pengurusan logistik bagi SUKMA Selangor 2026, penjajaran peraturan SUKMA selaras dengan perkembangan semasa, serta laporan persiapan SUKMA Kelantan 2028.

Mesyuarat turut bersetuju agar SUKMA Selangor 2026 dilaksanakan pada skala lebih kecil sebagai langkah penjimatan kos, tanpa menjejaskan jumlah sukan dan kelancaran penganjuran acara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

8 April 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS menerima kunjungan hormat daripada Saudara Mohd Izzat Afifi bin Haji Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) di Menara KBS, Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara KBS dan MBM, khususnya dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan belia berpersatuan serta memperkukuh peranan belia sebagai pemacu utama pembangunan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

8 April 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam menyokong agenda pembangunan negara secara menyeluruh, termasuk memperkukuh kerjasama sedia ada, berkongsi kepakaran serta meneroka inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADAN

Please publish modules in offcanvas position.