15 Mei 2024, Putrajaya - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir menyempurnakan program Semarak HBN @ KBS 2024 bertempat di Podium A, Menara KBS.

Program Semarak HBN @ KBS 2024 diadakan bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut pada 15 Mei setiap tahun dengan pelbagai pengisian antaranya Bacaan Ikrar Belia Malaysia, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan Aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

Belia Malaysia, Yakin Boleh

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

15 Mei 2024, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS – Mei 2024.

Tema bagi sesi Perhimpunan Bulanan pada kali ini adalah Hari Belia Negara yang bakal diraikan pada tanggal 15 Mei setiap tahun. YB Timbalan Menteri menyeru agar semua warga KBS untuk turut serta memeriahkan sambutan Hari Belia Negara peringkat Kementerian di dalam program Semarak Hari Belia Negara@KBS yang akan diadakan pada hari esok.

Beliau juga turut menekankan kepentingan semangat dedikasi dan kerjasama dalam kalangan warga KBS ketika melaksanakan  tugas dan menjayakan program-program kementerian. YB Timbalan Menteri juga mahu KBS memberi peluang kepada golongan   belia di kementerian ini memainkan peranan yang lebih besar dalam menjayakan agenda kementerian dan seterusnya menjadi contoh kepada kementerian dan agensi lain dalam usaha memertabatkan kakitangan belia dalam sektor awam.

#TeamKBS #Demimalaysia #MalaysiaMADANI

12 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat WP Kuala Lumpur bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

#DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI  #TeamKBS

12 Mei 2024, Klang, Selangor - Sebanyak 300 anak pokok bakau telah di tanam di Mangrove Point, Klang menerusi Program "ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting".

Program yang diperkasakan menerusi  Rakan Muda - Gaya Hidup Rakan Bumi yang turut disertai oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merupakan kolaborasi antara KBS dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Program ini melibatkan seramai 120 orang sukarelawan termasuklah Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA). Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

9 Mei 2024, Melaka - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara (HBN) bertempat di Menara Taming Sari, Melaka.

Bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 hingga 26 Mei 2024.

Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 ini turut diisi dengan Majlis Penyampaian APBN Peringkat Kebangsaan.

Mengangkat tema “Yakin Boleh”, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian antaranya Malam Solidariti Palestin, Larian Yakin Boleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, swasta dan NGO serta banyak lagi.

Lebih menarik, sambutan juga turut diserikan dengan penganjuran Kembara RIUH @ HBN 2024 yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi penyelarasan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Membuka tirai sambutan HBN, KBS menerusi JBSN juga akan menganjurkan Program Semarak HBN @ KBS 2024 pada 15 Mei 2024 bertempat di Podium A, Menara KBS, Putrajaya dengan pelbagai pengisian iaitu Bacaan Ikrar Belia Malaysia, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.