6 Mei 2024, Baling, Kedah - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling. Beliau telah disambut oleh Puan Siti Salmiah bt Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling, dan Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.

YBhg. Ts. Dr. KSU berkesempatan melawat fasiliti Kompleks Rakan Muda, beramah mesra dengan kakitangan KRM Baling dan membincangkan cabaran serta potensi program yang boleh dijalankan di daerah Baling.
 
KSU berterima kasih kepada warga KRM Baling yang menjaga fasiliti dengan baik serta KRM digunakan secara optima untuk pembangunan belia dan sukan.
Semasa lawatan tersebut, YBhg. Ts. Dr. KSU telah turut berjumpa dengan wakil belia Baling diketuai oleh Encik Mohd Hamdi bin Kureneh, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah (MBD) Baling merangkap Naib Presiden 1 MBN Kedah, dan Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Ismail, EXCO MBD Baling.
 
Pertemuan tersebut telah membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh belia di Baling, program-program kerjasama serta geran dan inisiatif yang sedang dan boleh dilaksanakan.
YBhg. Ts. Dr. KSU berpuas hati dengan kerjasama yang baik antara PBSD Baling dan pertubuhan belia dan sukan setempat dalam pembangunan belia dan merakyatkan sukan.
 

5 Mei 2024, Pulau Pinang - Program MADANI Rakyat Zon Utara telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Tapak Pesta Sg. Nibong Pulau Pinang Hari ini. YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah turut hadir ke program ini. 

Beliau berkesempatan melawat reruai KBS, ILKBS Bukit Mertajam dan ILKBS Pekan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti konsultasi program belia dan sukan, pendaftaran rakan muda dan penawaran kursus TVET di ILKBS. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan program ini khasnya pengunjung Reruai KBS dan Reruai TVET selama tiga hari program berlangsung.

Turut hadir ialah En. Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. 

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

📣 Panggilan Negara, Ayuh Malaysia! 🇲🇾

Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan badminton lelaki negara di perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2024 🏆 🏸

Malaysia 🇲🇾 VS 🇨🇳 China

📍 : Rujuk Poster
🗓️ : 4 Mei 2024 (Sabtu)
⏰ : 5.00 Petang (Waktu Malaysia)

Ayuh semua ramai-ramai ke TAYANGAN SKRIN BESAR dan zahirkan semangat buat Malaysia tercinta! 🎉 🗣️


29 April 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan ‘Play True Day’ Tahun 2024 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Play True Day merupakan inisiatif atau gerakan global yang diperkenalkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi mengumpulkan semua pemegang taruh utama sukan terutamanya para atlet serta penggiat sukan dan menekankan tentang kepentingan mengamalkan budaya Sukan Bersih, Adil dan Berintegriti serta mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala doping.

Bagi memastikan usaha penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara proaktif dan berkesan, ADAMAS bertanggungjawab mengunapakai World Anti-Doping Code 2021 dan ADAMAS Anti- Doping Rules 2021 dalam memperkasa jentera anti-doping dan melaksanakan aktiviti pendidikan berasaskan nilai kepada golongan pemegang taruh.

Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra YB Menteri bersama warga kementerian dan pemegang taruh utama KBS.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

28 April 2024, Kota Kinabalu, Sabah - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Tahun 2024 bertempat di Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang, Kota Kinabalu.

KLAS Renang merupakan inisiatif KBS yang dijalankan secara pecuma bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas.

Inisiatif ini telah dilancarkan pada Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar dengan teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air.

Bagi edisi 2024, KLAS Renang menyasarkan penyertaan seramai 8,880 orang dalam kalangan kalangan peserta seperti berikut:

✅ : Kanak-kanak daripada Keluarga B40 berumur 6 - 12 Tahun
✅ : Kanak-kanak dan remaja OKU berumur 6 - 15 Tahun
✅ : Warga Emas Berumur 60 - 75 Tahun

Pelaksanaan program juga disokong oleh syarikat korporat iaitu Allianz Malaysia Berhad, Nestle Products Sdn. Bhd., Decathlon (M) Sdn. Bhd. dan Pos Malaysia Berhad.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.